Burger Nasi Lemak McDonald's Kini di Malaysia
Pada bulan Julai lepas tahun 2017, kita agak iri hati terhadap Singapura kerana McDonald's Singapura telah memperkenalkan burger nasi lemak tetapi burger yang sama tidak diperkenalkan di Malaysia, negara yang dikenali dengan Nasi Lemak itu sendiri. Walaubagaimanapun, bagi peminat burger yang suka mencuba sesuatu yang baru, ada berita yang baik sejak daripada 26 hari bulan April. Setelah lama menunggu, akhirnya McDonald's Malaysia mula memperkenalkan Burger Nasi Lemak di negara ini.
Pengenalan bagi Burger Nasi Lemak daripada McDonald's Malaysia benar-benar membuatkan kita merasa bangga dengan makanan kegemaran kita.
BURGER NASI LEMAK. KEBANGGAAN KITA. Raikan rasa kebanggaan kita dengan paha ayam empuk berperisa kelapa, disalut kerangupan emping jagung, sos sambal istimewa, telur goreng, bawang dimasak keperangan, hirisan timun segar dan ban cili.
Gambaran yang diberikan McDonald's berkenaan burger nasi lemak mereka cukup menarik. Tetapi bagaimana pula dengan realitinya?
Terus terang melalui pemerhatian penulis, apa yang didapati pada burger nasi lemak ni melangkaui jangkaan asal. Daripada kotak, kepada susunan setiap lapisan burger, semuanya cukup kemas dan yang paling penting kelihatan sungguh menyelerakan.
Pada pendapat peribadi penulis, rasa burger nasi lemak daripada McDonald's ni memang kena pada tekak penulis. Elemen-elemen penting yang ada pada nasi lemak seperti rasa santan dan sambal telah berjaya dibawakan ke dalam bentuk sebiji burger. Bukan itu sahaja, setiap lapisan pada burger ini juga saling melengkapi. Walaupun ada review ataupun ulasan lain yang mengatakan bahawa burger ini tidak rasa seperti nasi lemak, bagi penulis memang ada rasa nasi lemak daripada gigitan yang pertama lagi. Cuma dua perkara je yang kurang pada burger nasi lemak ni, rasa dan kerangupan kacang dan ikan bilis goreng yang kebiasaannya disediakan bersama nasi lemak.
Harga? Burger Nasi Lemak boleh didapati di McDonald's dengan harga RM16.95 bersama kentang goreng dan air bersaiz sederhana, ataupun dengan harga RM15.95 secara a la carte. Sejujurnya harga burger nasi lemak ni bukan pada kategori yang kita boleh katakan sebagai murah, tetapi bagi penggemar makanan, terutamanya penggemar burger, untuk mencuba suatu yang baru, harga itu agak berbaloi.
Agaknya apa lagi yang kurang ye pada burger nasi lemak McDonald's ni?
Post a Comment