Adakah Nasi McD Satu Kegagalan? Ini Komen Penulis
Sebelum ni, McD telah memperkenal Burger Nasi Lemak yang pada pendapat penulis masih boleh diterima tekak dan agak sedap pada citarasa penulis. Pada bulan puasa yang lepas, penulis agak kecewa kerana McD tidak keluarkan menu foldover macam tahun-tahun sebelum ni, tetapi McD keluarkan menu Nasi McD. Puasa dah lepas, raya pun dah lepas, raya haji pun dah lepas, tetapi menu Nasi McD ni masih terpampang di restoran-restoran McD seluruh Malaysia dan ada juga kadang-kadang terdengar lagu Nasi McD di radio. Sedap ke? Ataupun stok masih belum habis?
Abstrak: Bukan satu kegagalan. Satu permulaan yang baik, tetapi banyak yang perlu dibaiki, terutamanya pada sambal yang digunakan. Rating: 2.5/5.
Jadi bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke 61, penulis hendak mulakan dengan memberi komen terhadap Nasi McD yang penulis sendiri dah pernah rasa. Memang agak terlambat untuk penulis review atau bagi komen tentang Nasi McD ni, tetapi penulis tak kisah, yang penting ada sesuatu untuk penulis tulis.
Penulis perasan terlalu banyak salah faham yang berlaku antara rakyat Malaysia berkenan dengan Nasi McD ni, ada yang kata Nasi Lemak, dan ada yang kata Nasi Ayam. Jadi sebenarnya apa? McD tidak pernah kenalkan nasi mereka sebagai Nasi Ayam ataupun Nasi Lemak, sebenarnya cuma Nasi McD yang mempunyai rasanya yang tersendiri, jadi agak tersasar kalau kita bandingkan Nasi McD ni dengan Nasi Ayam ataupun Nasi Lemak.
Bahan yang paling asas pada Nasi McD ni hasil daripada ujian penulis ialah nasinya yang ada sedikit rasa mentega, dan juga sambalnya yang pada hemat penulis sama seperti sambal yang kita dapat pada burger nasi lemak, sambalnya sedikit masam mungkin kerana mengandungi bahan pengawet. Rasanya semua dah tahu yang kita ada 3 pilihan Nasi McD, bersama telur, bersama ayam, ataupun bersama kedua-dua telur dan ayam. Yang penulis beli cuma bersama dengan ayam.
Bagi penulis, Nasi McD ni bukanlah satu kegagalan, tetapi satu permulaan yang baik dan cubaan yang berani drpd McD. Kalau nak makan Nasi McD, pilihan yang terbaik adalah untuk makan bersama dengan Ayam Goreng McD. Sebabnya, kalau tidak makan dengan Ayam Goreng McD, rasa masam pada sambalnya memang cukup kuat. Penulis cuma boleh bagi 2.5/5 untuk Nasi McD, dan penulis harap McD akan cuba untuk keluarkan versi Nasi McD yang lebih sedap selepas ini.
p.s. Nasi McD masih jauh sebelum dapat tandingi nasi KFC. McD ada keluarkan side yang baru iaitu Coleslaw, penulis rasa kalau boleh cuba makan bersama dengan Nasi McD pun ok juga, sebagai tambahan atau gantian kepada sambal yang masam tu.
Post a Comment