Pengalaman Pertama Kali ke FamilyMart di Mid Valley Megamall
Terus terang, apa yang berlaku khamis yang lalu bukanlah dirancang, penulis tak pernah tahu di Mid Valley Megamall ada FamilyMart. Sejak oden FamilMart jadi popular di media sosial, penulis memang dah mula berhasrat untuk ke FamilyMart. Maklumlah, di sebelah timur, khususnya Kuantan masih belum wujud lagi konbini ataupun kedai serbaneka seperti FamilyMart.
Selepas turun daripada KTM, penulis pun terus masuk ke dalam Mid Valley Megamall, apabila penulis nampak sahaja papan tanda FamilyMart, perkara pertama yang penulis buat, penulis terus masuk dalam kedai tu tengok pilihan2 makanan yang ada.
Terus terang, rambang mata dibuatnya, penulis pula memang penggemar makanan jepun. Terlalu banyak pilihan di hadapan penulis, di sebelah kiri ada bermacam jenis Donburi, Bento dan Onigiri.
Di sebelah kanan pula dipenuhi dengan pelbagai pilihan sandwich, pencuci mulut dan juga salad. Kalau sebelum ni penulis cuma dapat melihat sandwich-sandwich begitu di dalam YouTube, kali ini memang betul-betul ada di depan mata. Yang tidak berapa nak ada cuma wang ðŸ˜
Gambar Hiasan, Katsu Sando via okdiario
Walaubagaimanapun, sandwich yang penulis teringin tidak ada, mungkin sudah habis, Katsu Sando. Katsu Sando ni sandwich yang menggunakan Tori Katsu, ataupun Chicken Katsu sebagai isi. Istilah paling mudahnya kepingan ayam bersalut serbuk roti yang digoreng rangup dan dikepit oleh dua keping roti.
Oleh yang demikian, penulis buat keputusan untuk beli ais krim perisa Matcha sahaja. Tidak terlalu manis, memang sedap penulis boleh bagi 4.5/5. Mungkin lain kali penulis akan cuba makanan yang lain. Lagipun tujuan utama penulis ke Mid Valley bukanlah untuk ke FamilyMart. Ada suatu tempat lain yang penulis nak pergi, mungkin penulis akan tuliskan di dalam blog.
Penulis harap dengan kewujudan dan ketularan FamilyMart ni, akan bawa satu persaingan yang sihat dengan 7-Eleven. Rata-rata 7-Eleven di Malaysia ni penulis tengok lebih kurang seperti kedai runcit berhawa dingin dengan harga barangan yang mahal, jadi harapnya 7-Eleven Malaysia akan 'step up their game' untuk menyaingi FamilyMart.
Post a Comment