Apakah Falasi Ad Hominem? Satu Kesilapan Dalam Pertimbangan yang Menjadi Kebiasaan
Falasi bermaksud salah anggap atau sesat pemikiran. Ia juga bermaksud
penaakulan atau pertimbangan yang salah. Untuk penulisan hari ini, penulis
hendak berkongsi tentang satu falasi yang sering dilihat malah menjadi
dokongan rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang sering membincangkan
isu-isu semasa di laman sosial.
Apakah ertinya ad hominem? 'Ad hominem' merupakan perkataan Latin yang secara
harfiahnya bererti 'kepada orang', dan ia merupakan singkatan bagi 'Argumentum
ad hominem' yang pada konteksnya bermaksud hujah yang ditujukan kepada
individu. Ia berkait dengan serangan peribadi atau personal attack. Contoh
mudahnya seperti berikut:
Dalam contoh tersebut, kenyataan yang dikemukakan oleh Alif dikatakan salah
kerana Alif seorang yang pendek. Ini adalah hujah yang salah. Hanya kerana
Alif seorang yang pendek, tidak bermakna apa yang dikatakan Alif salah.
Bahkan, hujah yang berikut juga salah:
Meskipun Alif seorang yang bodoh, ia tidak bermakna Alif akan sentiasa salah.
Apa sahaja hujah yang ditujukan kepada seseorang, baik berkenaan sifatnya,
kesilapan lalunya, atau lain-lain perkaitan dengan dirinya, itu merupakan satu
hujah yang ad hominem, dan hujah ad hominem selalunya diguna pakai oleh
seorang yang lemah dan cuba untuk mengelak daripada menyerang kenyataan yang
dikemukakan dengan menyerang individu yang mengemukakan kenyataan tersebut.
Hujah ad hominem malangnya sering diguna pakai sebagai alat retorik khususnya
oleh ahli-ahli politik, lalu menjadi ratib atau zikir yang diulang-ulang oleh
pentaksub parti politik. Terus terang, ia amat berkesan dalam mewujudkan
anggapan yang tidak tepat, dan keberkesanan itu adalah kerana kurangnya sifat
tabayyun dalam diri kita.
Jika ditanya mengapa kata-kata yang dilaungkan oleh ahli politik terlalu mudah
menjadi kepercayaan para pentaksub, ia berkaitan dengan falasi-falasi seperti
ad verecundiam (berkaitan kuasa atau kepakaran) dan ad nauseam (yang
diulang-ulang), mungkin penulis akan terangkan lain hari.
Akhir kata, ingatlah pesanan Saiyidina Ali r.a., "Lihatlah apa yang dikatakan,
bukan siapa yang mengatakan".
Post a Comment