New York Style Pizza di Prontos Pizza and Tacos East Coast Mall, Kuantan (CLOSED)
Baru-baru ni, penulis rasa teringin nak makan lasagna. Selalunya kalau teringin nak makan lasagna penulis akan beli di Aeon Big East Coast Mall (ECM). Selalunya selepas pukul 6 petang akan ada potongan harga 50% untuk makanan-makanan yang masih belum habis terjual. Tetapi sekarang ada satu gerai baharu di tingkat 3 ECM yang menjual lasagna iaitu Prontos Pizza and Tacos.
Kisahnya pada hari tersebut penulis agak lewat, penulis ke ECM selepas pukul 8 malam, lasagna di pasaraya Aeon Big pun dah habis, jadi penulis bersiar-siarlah dalam ECM untuk cari apa-apa yang menarik untuk dimakan.
Waktu penulis berjalan-jalan di tingkat 3, penulis perasan satu gerai baru yang menjual pizza dan pasta. Kepingan pizzanya besar-besar, pizza yang dijual juga lebih nipis, dan keraknya kelihatan agak rangup. Itulah antara ciri-ciri yang ada pada pizza gaya New York. Tetapi yang lebih penting ialah gerai tersebut ada jual lasagna.
Penulis amat tertarik dengan harga lasagna daging yang hanya berharga RM7.50. Harga tersebut agak murah jika dibandingkan dengan harga lasagna di Pizza Hut ataupun Domino's. Bagi penulis, rasanya agak sedap dan berlemak. Rasa lemak itu mungkin datang daripada béchamel sauce yang digunakan. Penulis juga dapat tahu sos tomato yang digunakan adalah buatan sendiri.
Memandangkan penulis juga agak tertarik untuk mencuba pizza, penulis akhirnya membeli sebiji lasagna daging (RM7.50) dan sekeping pizza chicken buffalo (RM5.50). Ada juga pizza yang agak jarang kita jumpa seperti pizza itik salai. Harga sekeping pizza hanyalah RM5.50
Selang beberapa hari, penulis kembali ke Prontos untuk mencuba lasagna ayam (RM6.50) pula. Pada pendapat penulis, lasagna daging jauh lebih sedap berbanding lasagna ayam. Lasagna ayam agak kering, dan rasanya seperti kurang atau tidak menggunakan béchamel sauce, mungkin itu antara sebab kenapa lasagna ayam lebih murah berbanding daging.
p.s. Buat pengetahuan semua, lasagne adalah perkataan plural bagi lasagna. Penulis lupa nak teliti harga pasta, penulis pun tak ada nampak taco, mungkin 'made upon order'.
Post a Comment