Cepat!! Dapatkan Susu UHT Goodday 250ml Pelbagai Perisa Dengan Harga Serendah RM1.50. Sah Sehingga 3 Ogos 2019.

Pada tahun ini, Goodday yang merupakan antara jenama susu di Malaysia sekali lagi menyambut Goodday Milk Fest. Sepanjang tempoh festival susu yang diadakan secara tahunan ini, pelbagai promosi akan diberikan. Walaupun kebanyakan promosi telah pun berakhir, masih ada satu lagi promosi yang hanya boleh didapati di rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven.

Bermula dari 30 Julai, sehingga 3 Ogos 2019. Kita boleh dapatkan susu UHT Goodday 250ml dengan harga serendah RM1.50 sekotak. Promosi ini sah di 7-Eleven seluruh Malaysia untuk pelbagai perisa susu Goodday kecuali 'Charge'.

Susu jenama Goodday merupakan antara kegemaran penulis. Walaupun demikian, ada beberapa perisa susu jenama Goodday yang penulis belum pernah cuba. Kebiasaannya, kalau penulis beli susu, penulis akan elak daripada membeli susu yang berperisa.

Oleh itu, penulis telah membeli tiga perisa susu Goodday yang penulis belum pernah cuba iaitu perisa kurma, madu dan teh hijau. Selain dari itu, ada juga perisa strawberi, cokelat dan penuh krim.

Susu kurma pernah menjadi sensasi suatu masa dahulu apabila ia pertama kali dipopularkan oleh Farm Fresh. Sejak itu, jenama-jenama susu yang lain termasuk Goodday mula mengeluarkan susu kurma masing-masing.

Bagi penulis, susu kurmanya sedap dan ada rasa manis seakan-akan madu. Bagi penulis, rasa susu kurma dan madu yang penulis cuba hampir serupa. Manakala bagi susu berperisa teh hijau pula, penulis percaya ia merupakan perisa matcha. Ia sedikit berbeza dari yang kita boleh dapatkan di luar kerana rasa susunya lebih menonjol berbanding teh.

Tujuan artikel kali ini sebenarnya cuma untuk berkongsi tentang promosi ni. Tarikh 'guna sebelum' untuk susu yg penulis beli ialah 27 Jun 2020, jadi bolehlah beli untuk diminum bulan hadapan.

Susu UHT Goodday Kurma/Madu/Teh Hijau
Rating: ⭐⭐⭐⭐☆

Post a Comment

To Top