Sate Famili, aka Sate Sidek Sate Terbaik di Pekan Meru?
Disenaraikan sebagai salah satu daripada 40 makanan yang perlu dicuba apabila datang ke Malaysia oleh CNN, sate merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kebiasaannya memang sate akan menjadi rebutan orang ramai di mana-mana keramaian, dan menjadi makanan yang terawal akan habis.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa Sate Kajang merupakan antara yang paling popular dan diketahui oleh ramai orang. Tetapi bagi penduduk Meru dan sekitarnya, umum diketahui bahawa ada satu tempat yang menyediakan sate yang cukup sedap iaitu Sate Famili ataupun Sate Sidek di pekan Meru.
Bermula sebagai sebuah gerai yang kecil, sekarang mempunyai sebuah restoran yang besar dan selesa, bagi penulis ia bukan sahaja dapat menandingi bahkan mungkin juga lebih sedap berbanding sate kajang. Setiap kali penulis pergi mesti ramai, kadang-kadang perlu tunggu orang lain habis makan dulu.
Sate perut di restoran Sate Famili
Bagi mereka yang sukakan sate yang agak manis, berbanding kebanyakan sate yang lebih kepada rasa kunyit, inilah tempatnya. Sate perut juga ada disediakan menggunakan perut tembusu yang telah dipotong. Walaupun penulis penggemar ayam, penulis juga sukakan sate daging di restoran Sate Famili kerana ianya lembut, masih lembap dan manis.
Tidak seperti kebanyakan gerai sate lain yang menyediakan nasi impit, disini ada sediakan lontong. Apa bezanya lontong berbanding nasi impit? Lontong berbentuk silinder dan dibalut dengan daun pisang, menjadikan bahagian luar lontong sedikit kekuningan. Dari segi rasa, bagi penulis agak sama.
Selain daripada sate, disini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan seperti nasi lemak dan mi sizzling. Jadi bolehlah dibuat makan bersama dengan sate seperti yang penulis buat ni. Nasi lemak cuma seringgit sebungkus, portion yang kecil tu sesuailah dengan harga, lagipun kita ke sini untuk makan sate bukannya nasi lemak kan?
Kalau korang datang ke Selangor dan ada di sekitar kawasan Meru, tak rugi pun pergi ke Sate Famili. Restoran dibuka pada setiap hari kecuali ahad bermula pukul 3 petang sehingga 11 malam, pada hari Jumaat ia dibuka lewat sedikit pada pukul 4 petang.
Sate Famili @ Sate Sidek, Pekan Meru
Rating: ★★★★★
Sate Famili @ Sate Sidek, Pekan Meru
Rating: ★★★★★
Post a Comment