Mengembara di Bukit Setia Alam, Shah Alam Community Forest
Sehinggalah sabtu yang lepas, penulis tak pernah tahu di Setia Alam ada satu tempat hiking atau kembara yang agak santai dan sesuai untuk mereka yang, sama seperti penulis; masih baru dalam aktiviti ni.
Bukit Setia Alam yang terletak berhampiran dengan Setia Eco Park dan Alam Nusantara ini juga dikenali dengan nama Shah Alam Community Forest. Hanya 7 minit dari pusat membeli belah Setia City Mall, ia juga merupakan antara tarikan yang agak popular di Setia Alam.
Untuk melihat keindahan matahari terbit, penulis dan rakan-rakan penulis telah mulakan pendakian pada pukul 5 setengah pagi. Memandangkan telah hujan pada hari sebelumnya, perjalanan menuju ke puncak telah dijangka agak perlahan.
Untuk naik ke puncak 'Peak Garden' dari Setia Alam, ada dua laluan yang boleh dilalui iaitu A dan B. Laluan A merupakan jalan yang lebih mudah berbanding laluan B yang melibatkan laluan yang lebih curam. Jarak untuk ke Peak Garden untuk kedua-dua laluan adalah hampir sama iaitu sekitar 2km.
Bagi pendapat penulis, lebih selamat untuk menaiki bukit melalui laluan A yang kurang curam, kemudian turun melalui laluan B untuk melengkapkan satu pusingan. Disebabkan cuaca hujan pada hari sebelumnya, tanah di bukit agak berselut dan menjadikan kedua-dua laluan licin.
Melalui laluan A, sebelum tiba di Peak Garden, kita akan terlebih dahulu tiba di sebuah kawasan yang agak rata iaitu The Wall. Kawasannya agak luas dan pemandangannya pada waktu pagi cukup cantik, sesuai untuk bergambar.
Perjalan dari The Wall sehingga ke Peak Garden hanya mengambil masa dalam 15 minit dan melibatkan laluan yang sedikit curam sebelum tiba ke puncak. Di puncak Peak Garden pula akan ada pondok untuk kita berehat.
Dari Peak Garden juga kita dapat lihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Memandangkan cuaca agak berkabus, penulis cuma dapat lihat pencakar langit seperti KLCC, menara Kuala Lumpur dan menara TRX atau The Exchange 106.
Mungkin rezeki penulis dapat lihat pemandangan berkabus yang cantik dari bukit Setia Alam. Penulis tak pasti samada memang begini keadaannya setiap pagi. Pada waktu penulis mula turun dari bukit pun kabus masih lagi ada.
Kerana penulis terlupa untuk merakam aktiviti pada titik permulaan, penulis tak dapat maklumat yang penuh daripada Strava. Tetapi secara keseluruhannya, jarak perjalanan dari titik mula pintu A (rujuk peta SACF) sehingga ke Peak Garden melalui laluan A, kemudian kembali semula ke pintu A melalui laluan B adalah melebihi 4.1km (sekitar 4.6km).
Pastikan korang bersedia sebelum melakukan sebarang aktiviti pengembaraan atau pendakian. Pakai kasut dan kelengkapan yang sesuai. Sedikit peringatan, jangan tinggalkan sebarang sampah atau melakukan kerosakan, sama-samalah kita menjaga alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook Shah Alam Community Forest.
Bagi pendapat penulis, lebih selamat untuk menaiki bukit melalui laluan A yang kurang curam, kemudian turun melalui laluan B untuk melengkapkan satu pusingan. Disebabkan cuaca hujan pada hari sebelumnya, tanah di bukit agak berselut dan menjadikan kedua-dua laluan licin.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook Shah Alam Community Forest.
Post a Comment