Pasar Siti Khadijah Sebagai Lubuk Makanan Kelantan di Kota Bharu

Pasar Siti Khadijah
Ingat lagi tak baru ni penulis ada kongsikan tentang Astaka Tun Sardon, tempat sarapan best di Pulau Pinang? Walaupun Pulau Pinang sering digelar sebagai syurga makanan bagi orang luar, penulis percaya di setiap negeri pasti akan ada tempat makan yang menjadi tumpuan ramai.

Pada waktu menulis hantara blog ini, penulis sedang mendengar original soundtrack dari siri anime Shigatsu wa Kimi no Uso, Last Scene. Entah kenapa, tiba-tiba penulis rasa hendak berkongsi tentang percutian ke Kelantan baru-baru ini.

Dalam perjalanan ke Pasar Siti Khadijah
Enam tahun. Ya, sudah enam tahun sejak kali terakhir penulis melangkahkan kaki ke negeri Kelantan Darul Naim. Entah apa yang sudah berubah di bandar Kota Bharu pun penulis tak pasti sebab penulis sendiri tak ingat bagaimana keadaannya Kota Bharu 6 tahun yang lalu.

Tudung dan Kain di Pasar Siti Khadijah
Tetapi, apa yang pasti ialah penulis masih ingat ada satu tempat yang menjual pelbagai jenis barangan yang menjadi tempat tumpuan pengunjung yang datang ke Kelantan. Pernah dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu, Pasar Siti Khadijah menempatkan peniaga yang majoritinya kaum wanita.

Selain daripada barangan basah -- seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran, dan kering -- seperti serunding, keropok ikan, biskut, kain dan tudung, Pasar Siti Khadijah juga ada menjual pelbagai jenis makanan dan kuih-muih. 

Kuih Muih di Pasar Siti Khadijah
Jadi kalau korang ke Kelantan, Pasar Siti Khadijah merupakan tempat yang paling mudah untuk korang cari kuih tradisional kelantan seperti akok, nekbat dan lompat tikam. Dua perkara tentang kuih-muih di Kelantan khususnya Pasar Siti Khadijah, manis dan murah.

Lauk Udang Galah di Pasar Siti Khadijah
Naik setingkat, kita dapat lihat makanan yang jauh lebih berat seperti mee celop, nasi air, nasi kerabu, nasi minyak dan lauk pauk yang amat menyelerakan. Penggemar udang galah boleh lah ke sini, saiz udang galah yang digunakan sebagai lauk bukan biasa-biasa tau.

Terpulanglah korang nak membeli-belah dulu atau makan dulu. Tetapi bagi penulis, kalau datang ke Pasar Siti Khadijah ni, memang tujuannya untuk makan je la. Kalau korang jenis berduit, bolehlah merasa udang galah. Kalau poket kering macam penulis, nasi tumpang dengan kuih je lah.

Dalam banyak-banyak makanan di Pasar Siti Khadijah ni, yang mana satu agak-agak kegemaran penulis? Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang, tetapi penulis memang suka dengan kerabu kaki ayam yang penulis dapat dari Pasar Siti Khadijah, lebih-lebih lagi yang tak bertulang.




A post shared by Azizi Rosli (@azizinet00) on
Kalau korang belum follow instagram dan facebook penulis, bolehlah follow sekarang walaupun jarang-jarang dikemas kini ye. Sebarang persoalan, cadangan dan perbincangan boleh dikemukakan dan dilakukan di sana, barulah meriah sikit.

Post a Comment

To Top