Warung Ikan Celup Tepung di Pantai Penarik, Terengganu
Baru ni penulis ada berkongsi tentang colek di Kelantan, korang dah baca ke belum? Selepas ke Kelantan, penulis telah pergi ke Terengganu dan bermalam di Pantai Penarik, jadi hari ni penulis nak berkongsi tentang makanan di Terengganu pula.
Seperti yang kita tahu, negeri-negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan berkongsi budaya makanan yang hampir sama. Kadang-kadang kita sendiri pun ada membanding-bandingkan sama ada negeri Kelantan atau Terengganu yang menyediakan nasi dagang atau laksam yang lebih sedap.
Kalau di Kelantan ada colek, di Terengganu pula ada celup tepung. Kalau korang berada di Pantai Penarik, sepanjang pantai memang banyak warung celup tepung.
Bergantung pada warung yang korang singgah, harga celup tepung mungkin berbeza. Sewaktu di Terengganu, penulis telah singgah ke tiga warung celup tepung yang berbeza, ada yang murah dan ada yang mahal.
Harga juga berbeza bergantung pada gred dan saiz makanan laut, contohnya seperti udang, sotong dan ketam. Pastikan korang betul-betul tahu harga celup tepung di warung yang korang pergi, supaya korang tak keliru atau terkejut waktu pembayaran.
Ada juga warung yang meletakkan harga mengikut berat timbangan, selalunya warung yang meletakkan harga begini lebih mahal berbanding warung yang meletakkan harga mengikut bilangan ekor. Walaupun mahal, kadang-kadang kedai ni ramai pengunjung dari luar negeri.
Jadi kalau korang tak nak kena game dengan mana-mana warung lebih baik korang tanya kawan-kawan korang dari Terengganu yang lebih arif tentang warung-warung ikan celup tepung di Terengganu.
Berbanding ketiga-tiga warung yang penulis pergi, Beach Boxx dan Mok Ngoh yang terletak di Pantai Penarik, dan juga Tok Mek yang terletak di Kampung Pengkalan Maras. Warung ICT (Ikan Celup Tepung) Tok Mek merupakan yang paling murah, diikuti dengan warung Mok Ngoh.
Tapi kalau korang jenis yang sukakan tempat yang instaworthy dan berdekatan dengan pantai, boleh ke warung Beach Boxx yang menunjukkan rekaan warung yang lebih menarik dengan pondok dan buaian di atas pasir. Cuma, harganya lebih mahal sesuai dengan rekaan warungnya.

Post a Comment