Deretan Colek di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Bagi orang luar yang bukan berasal dari Kelantan, ada yang beranggapan bahawa colek merupakan dialek atau loghat Kelantan yang merujuk kepada rojak buah. Penulis, yang bukan perasal dari Kelantan juga pernah keliru.
Tetapi sebenarnya colek tidak terhad kepada rojak buah, ada juga colek-colek lain seperti colek ayam, colek perut dan colek kerang. Jadi apa sebenarnya colek ni? Dari segi bahasanya colek bererti calit, sentuh atau cecah.
Tetapi, pencarian penulis di Persuratan Melayu merumuskan bahawa di Kelantan pula perkataan colek juga boleh merujuk kepada sambal yang kita biasa makan dengan keropok. Tak pasti sambal jenis apa yang dimaksudkan.
Sampai je di Pantai Cahaya Bulan, korang akan jumpa banyak warung yang jual colek, pilih je mana satu yang korang nak. Dari depan warung korang boleh tengok sosej, crabstick, bebola, dan macam-macam lagi bahan tersusun cantik.
Colek ni bagaikan kudap-kudapan bagi orang Kelantan, boleh dimakan tak kira waktu siang, petang atau malam. Colek di Kelantan mengingatkan penulis akan pasembor di Pulai Pinang yang juga mempunyai banyak pilihan bahan, cuma pasembor ada kuah yang berbeza.
Selain daripada colek, ada juga mi atau kuetiau celup yang cukup mewah dengan bahan seperti daging, ayam dan perut. Kalau datang ke pantai timur, khususnya Kelantan memang tak sah kalau tak cuba mi celup, nasi air dan sup belut.
Ada juga jual satar dan sate, tetapi penulis makan jagung bakar, murah dan senang nak makan sambil berjalan. Cuma jagung bakarnya agak keras dan kecut, susah nak dapat jagung bakar yang betul-betul sedap sekarang.
Waktu penulis ke Pantai Cahaya Bulan baru ni memang ramai orang, ada yang makan, ada yang lepak, ada yang main layang-layang, ada juga yang memancing. Jalan agak sibuk lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan hujung minggu, agak susah nak dapatkan parking.
Di Pantai Cahaya Bulan ni, banyak makanan yang berat-berat sesuai untuk makan tengah hari atau petang. Memandangkan kawasan ini merupakan kawasan tumpuan pengunjung dan pelancong, mungkin korang boleh dapatkan makanan yang lebih murah di tempat lain.
Kalau korang nak makan makanan yang lebih ringan pula, mencari tempat yang sesuai untuk cari sarapan, korang boleh ke Pasar Siti Khadijah.

Post a Comment