Cameron Valley Tea House, Nikmati Teh dan Scone Seperti Orang Inggeris di Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron ataupun lebih dikenali sebagai Cameron Highlands sering menjadi pilihan mereka yang hendak bercuti dan mencari ketenangan di tempat yang jauh dari kehidupan bandar.

Ironinya, keadaan trafik di Cameron Highlands pada waktu cuti selalunya lebih sesak berbanding bandar. Tetapi, ini tetap tidak menghalang hasrat pengunjung untuk datang ke sini untuk menikmati udara yang lebih sejuk dan segar.

Baca juga:
Bercuti ke Cameron Highlands? Ini Antara Tempat Menarik dan Wajib Singgah di Cameron Highlands

Kalau dah sampai ke Cameron Highlands, tak sah kalau tak ke ladang teh kan? Salah satu ladang teh terkenal di Cameron Highlands ialah ladang teh milik Bharat Group di Tanah Rata.

Klook.com Untuk pengetahuan korang, Bharat Group juga memiliki tiga Cameron Valley Tea House dengan pemandangan ladang teh. Dua daripada tea house tersebut terletak di Tanah Rata, manakala satu lagi terletak di Kuala Terla.

Jarak antara tea house 1 dan 2 di Tanah Rata tidaklah jauh, cuma tea house 2 mempunyai lebih ramai pengunjung kerana lebih luas dan tapak parkirnya juga lebih banyak. Ada 3 benda yang korang boleh buat di tea house ni.

01 Borong Pelbagai Perisa Teh. Di tea house ni ada kedai yang menjual teh berjenama Cameron Valley. Selain daripada teh yang biasa-biasa, ada juga yang berperisa strawberry, anggur dan lemon. Kalau korang tak dapat pergi Cameron Highlands, korang boleh beli secara online.

02 Menikmati Teh dan Croissant. Kalau rasa dahaga, boleh la cuba teh di sini. Teh di tea house ni tak guna susu pekat manis, tetapi menggunakan susu segar yang lebih sihat, gula juga diasingkan.

Sambil-sambil tu boleh juga cuba croissant dan scone. Selalu sangat dah makan roti canai dan nasi lemak kan? Bila lagi nak acah-acah macam orang Inggeris.

Selain daripada teh, croissant dan scone, ada juga waffle, pie, muffin dan kek. Harga tak murah, jadi makan tu kongsi-kongsi lah, banyak lagi tempat nak pergi kan. Harga croissant tuna ialah RM11.90, scone strawberry pula RM15, dan satu set air teh (large) berharga RM19.50.

03 Melawat Ladang Teh. Dah sampai sini takkan nak tengok dari jauh je kan? Mesti nak turun dan bergambar juga di ladang teh. Dulu percuma, tetapi sekarang dah mula kena bayar kalau nak ke ladang teh yang bersebelahan je dengan tea house.

Untuk masuk ke ladang teh di tea house 2 ni, korang perlukan wristband kalau umur lebih 12 tahun. Taklah mahal sangat, untuk 12 tahun ke bawah, boleh masuk ke ladang teh secara percuma. Untuk yang lebih tua, harga wristband cuma RM2 setiap seorang.

Kalau datang waktu cuti, memang ramai orang, jadi bersesak sedikitlah sewaktu membeli atau duduk makan. Kalau ada kesempatan ambil cuti dan datang pada waktu lain, mungkin lebih tenang.

Yang penulis pergi ni tea house 2, kalau korang nak tengok pemandangan sungai di tengah-tengah ladang teh, korang boleh ke tea house 1 yang jauh lebih kecil. 

Post a Comment

To Top