Nasi Lemak Sambal Strawberry di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry, Cameron Highlands.
Selain daripada aiksrim, jem dan teh, apa lagi yang boleh diperisakan dengan strawberry? Sambal nasi lemak. Ye kawan-kawan, percaya atau tidak memang wujud sambal nasi lemak berperisa strawberry.
Suatu masa dahulu mungkin tak tercapai dek akal akan ada sambal berperisa strawberry. Tetapi, dalam 3 tahun lepas, nasi lemak dengan sambal strawberry pernah jadi tarikan baharu di Cameron Highlands.
Salah satu restoran atau kafe yang terawal menyediakan nasi lemak sambal strawberry ialah the 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry yang bertempat di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Berdekatan je dengan Taman Agro Al Mashoor dan Tiny Boutique Cafe yang penulis ceritakan sebelum ni.
Sedikit info berkenaan strawberry, buah strawberry merupakan satu-satunya buah beri yang mempunyai benih di bahagian luar. Lebih menarik lagi, sebiji strawberry secara puratanya mempunyai 200 biji benih. Sekarang korang tahu kan kenapa nama kafe ni 200 Seeds Cafe?
Seperti yang penulis sebutkan tadi, tarikan utama di sini ialah sambal strawberry. Berapa kerap kita boleh jumpa sambal strawberry di luar Cameron Highlands selama ni? Mungkin tak pernah pun. Kali pertama penulis cuba sambal strawberry di 200 Seeds Cafe adalah pada tahun 2017.
Nasi lemak sambal strawberry dengan ayam goreng. Tak pelik ke? Pertama sekali, yang berperisa strawberry tu sambalnya, bukan nasinya ok. Sedap juga sebenarnya, bila difikirkan semula memang sifat sambal nasi lemak yang kita selalu makan tu ada yang manis dan ada yang sedikit masam.
Perkara istimewa pada sambal yang membuatkan ianya sedap adalah rasa masin daripada ikan masin. Ye, sambal yang digunakan sebenarnya ialah sambal ikan masin bersama strawberry.
Kalau korang tak suka nasi lemak, ada juga nasi goreng. Kedua-dua menu disediakan bersama dengan ayam goreng, timun, telur dan sambal strawberry. Kalau teringin nak makan western ke, lontong ke, ataupun mi kari ke, pun ada.
Gambar makanan yang penulis ambil semuanya pada tahun 2017, cara penyediaan mungkin dah berubah sekarang. Dulu ayam goreng berempah, sekarang ayam goreng tepung. Dulu nasi lemak tak berwarna, sekarang dah berwarna merah jambu mengikut tema warna strawberry.
Harga untuk kedua-dua nasi lemak dan nasi goreng sambal strawberry untuk tahun 2020 ni RM11.99. Penulis lebih suka nasi lemak berbanding nasi goreng sebab penulis jarang makan nasi goreng dengan sambal.
Kalau belum cuba, boleh lah ke 200 Seeds Cafe selepas ni apabila datang ke Cameron Highlands. Menu ok, penyediaan makanan pun kemas, cantik bila bergambar. Korang kan suka bergambar.
Perkara istimewa pada sambal yang membuatkan ianya sedap adalah rasa masin daripada ikan masin. Ye, sambal yang digunakan sebenarnya ialah sambal ikan masin bersama strawberry.
Gambar makanan yang penulis ambil semuanya pada tahun 2017, cara penyediaan mungkin dah berubah sekarang. Dulu ayam goreng berempah, sekarang ayam goreng tepung. Dulu nasi lemak tak berwarna, sekarang dah berwarna merah jambu mengikut tema warna strawberry.
Harga untuk kedua-dua nasi lemak dan nasi goreng sambal strawberry untuk tahun 2020 ni RM11.99. Penulis lebih suka nasi lemak berbanding nasi goreng sebab penulis jarang makan nasi goreng dengan sambal.
sumber: fb Abang Strawberry
Kalau korang suka sambal strawberry, di sini juga ada jual sambal strawberry yang sedia dimakan. Boleh pilih nak yang biasa ataupun pedas. Tak perlu masak, boleh terus makan dengan roti atau biskut. Nak buat nasi goreng pun boleh ni.
Post a Comment