Dapatkan Newsguard Secara Percuma dengan Microsoft Edge. Sama-sama Perangi Berita Palsu
Dengan jutaan laman web yang ada di internet, mustahil untuk kita nilai kredibiliti setiap laman web tersebut. Untuk menilai satu-satu laman web juga bukan mudah, ia memerlukan pengetahuan dan daya faham yang tinggi berkenaan bidang maklumat yang dipaparkan.
Untuk seorang ahli seni menilai maklumat matematik, ataupun seorang ahli matematik menilai maklumat perubatan, agak sukar. Dalam keadaan ini, adalah wajar untuk kita dapatkan bimbingan mereka yang merupakan ahli kepada maklumat tersebut.
Ataupun, kita boleh juga dapatkan panduan daripada program, perisian atau aplikasi terpercaya yang dibina khas untuk menilai maklumat atau laman web. Salah satu daripada program tersebut ialah Newsguard.
Walaupun demikian, atas ehsan syarikat gergasi Microsoft, pengguna Microsoft Edge, baik di telefon pintar ataupun komputer; boleh menggunakan servis tersebut secara percuma.
MICROSOFT EDGE VERSI MOBILE
Mudah sahaja caranya untuk aktifkan sambungan Newsguard di Microsoft Edge versi Mobile, hanya perlu ke setting, news rating, dan aktifkan. Tak perlukan sebarang muat turun kerana Newsguard sudah terbina dalam atau 'built-in' pada aplikasi Microsoft Edge untuk Android dan iOS.
Selepas diaktifkan, pengguna dapat melihat sebuah simbol bersebelahan dengan alamat pautan laman web yang dilayari. Ia akan menunjukkan warna hijau untuk laman web yang boleh dipercayai; atau merah untuk yang tidak.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kredibiliti laman web berkenaan, hanya perlu klik simbol tersebut. Namun, fungsi ini terhad kepada laman web yang telah disemak oleh Newsguard sendiri. Untuk laman web yang belum disemak, ia akan menunjukkan simbol tanpa warna.
Untuk pengguna komputer, boleh dapatkan sambungan Newsguard di sini. Selepas pemasangan, kita akan dapat melihat sebuah simbol bersebelahan dengan bar alamat, sama seperti di telefon. Cara penggunaan di komputer sama sahaja seperti di telefon.
Selain itu, pengguna komputer juga akan dapat melihat simbol yang sama pada carian web seperti Bing, Google, dan Duckduckgo, juga pada laman sosial seperti facebook dan twitter. Satu kelebihan untuk pengguna komputer kerana ciri ini tidak ada pada versi mobile.
Walaupun Newsguard dapat membantu dalam menilai satu-satu website, ada juga kelemahannya. Pertama, kebanyakan laman web yang telah disemak ialah laman web berbahasa inggeris, maknanya Newsguard, buat masa ini; hampir tidak berguna untuk laman web berbahasa melayu.
Keduanya, Newsguard hanya memberi skor dan menilai kredibiliti laman web secara umum, tidak khusus kepada satu-satu artikel. Jadi kalau kita nampak simbol hijau, ia merujuk kepada laman web induk dan bukannya artikel.
Akhir kata, laman web yang boleh dipercayai juga masih terdedah kepada kesilapan manusia. Jangan bergantung 100% kepada Newsguard, Jadikan Newsguard hanya sebagai barisan pertahanan kita yang pertama dalam memerangi berita dan maklumat palsu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kredibiliti laman web berkenaan, hanya perlu klik simbol tersebut. Namun, fungsi ini terhad kepada laman web yang telah disemak oleh Newsguard sendiri. Untuk laman web yang belum disemak, ia akan menunjukkan simbol tanpa warna.
MICROSOFT EDGE VERSI DESKTOP

Post a Comment