Kalau korang seorang blogger, influencer atau peniaga yang gunakan laman
sosial seperti fb dan instagram sebagai medium untuk mempromosikan pendapat
atau produk korang, mesti korang tahu betapa pentingnya grafik dalam satu-satu
catatan atau post.
Catatan yang dipenuhi dengan teks agak membosankan. Walaupun dengan
menggunakan sedikit warna dan grafik, catatan yang kita buat akan jadi jauh
lebih menarik. kelihatan lebih profesional, dan lebih mudah diingati.
Namun, walaupun grafik memberikan pulangan, pandangan dan respon yang lebih
baik berbanding teks semata-mata masih ramai yang tak ambil kesempatan ni.
Kenapa? Kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk
mereka bentuk grafik.
Canva
merupakan sebuah laman web, dan juga aplikasi yang boleh digunakan oleh semua
orang untuk mereka bentuk grafik. Ya, semua orang, walaupun mereka yang tidak
mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator,
CorelDRAW, Affinity Designer dan sebagainya.
Di
Canva, bukan sahaja ianya percuma, tetapi kita juga boleh memilih dari beratus
template sedia ada yang kita cuma perlu sunting sebelum digunakan. Memang
mudah, tak perlu fikir tentang reka bentuk, tak perlu fikir tentang kombinasi
warna dan jenis huruf ataupun font.
Nak promosikan perniagaan menggunakan flyer? Ataupun nak sampaikan maklumat
melalui infografik? Boleh gunakan
Canva. Kalau ada idea sendiri, nak mula dengan kanvas kosong pun boleh.
Sewaktu melakukan suntingan, kita boleh letak gambar, 'sticker' dan tulisan
dengan mudah. Banyak juga gambar, ilustrasi dan reka bentuk tulisan yang telah
disediakan oleh
Canva dan boleh digunakan secara percuma.
Penulis sendiri gunakan
Canva untuk beberapa gambar yang penulis letakkan di blog sebelum ni.
Selalunya penulis akan gunakan
Canva untuk gabungkan beberapa gambar, meletakkan panduan seperti tanda arah,
ataupun menambah teks.
Walaupun
Canva boleh digunakan secara percuma, ada juga gambar atau ilustrasi yang
disediakan khas hanya untuk mereka yang melanggan
Canva Pro pada harga 119.40USD setahun (9.95USD sebulan) ataupun 12.95USD
sebulan.
Jadi, penulis cadangkan korang explore dulu apa yang ada di
Canva, cuba guna dalam masa sebulan untuk faham selok belok
Canva yang korang boleh manfaatkan secara maksima dengan percuma. Kemudian.
baru korang fikir perlu atau tak langgan
Canva Pro.
Korang juga boleh gunakan
Canva pada telefon,
Canva ada sediakan aplikasi untuk Android dan iOS. Fungsi yang sama, cuma
reka bentuk antara muka pengguna yang berbeza.
Post a Comment