Pizza di Tiny Boutique Cafe. Pizza Kayu Api Pertama di Cameron Highlands?
Sebelum ni penulis pernah berkongsi tentang US Pizza, salah satu alternatif kepada Pizza Hut dan Domino's. Hari ini, penulis akan berkongsi tentang satu lagi restoran yang menyediakan Pizza, dan restoran ni bertempat di Cameron Highlands.
Lebih istimewa lagi, restoran yang penulis nak kongsikan hari ini menggunakan dapur kayu api seperti pizzeria-pizzeria yang ada di Itali.
Berdekatan sahaja dengan Taman Agro Al Mashoor, Tiny Boutique Cafe yang juga terletak di Kampung Taman Sedia ada menyediakan Pizza kayu api dan juga makanan barat lain seperti pasta dan chicken chop.
Harga yang penulis tunjuk tu harga bulan April tahun 2019. Harga mungkin berbeza bila korang sendiri dah bertapak ke sana nanti. Terus terang harganya tak murah, maklumlah kafe kan. Tambahan pula, kos pengangkutan bahan juga lebih mahal.
Walaupun tarikan utama Cameron Highlands ialah buah strawberry dan mungkin juga jagung, apa salahnya kan cuba pizza? Kalau tiba-tiba rasa teringin, boleh lah cuba makan di sini. Cuma jangan lewat, sebab tempat ni agak terkenal juga.
Dari segi saiz, mungkin dalam lingkungan 9 inci. Walaupun saiznya tak besar, bahan yang digunakan agak mewah, keju pun banyak, memang puas hati. Disebabkan ia dibakar menggunakan dapur kayu api, keraknya sedikit garing dan lebih rangup.
Untuk pengetahuan korang, di sini juga ada sediakan perkhidmatan homestay yang dikelilingi taman bunga. Kalau berminat boleh cari Geranium Homestay. Memang cantik, dan harga pula dalam lingkungan RM160 ke RM300.
Jadi macam mana? Rasa-rasa berbaloi ke makan pizza di Cameron Highlands sedangkan kita boleh dapat Pizza yang lebih murah di luar?
Bagi penulis, ok je. Craving ni tak kira waktu. Mungkin ada sesuatu yang istimewa pada pizza yang disediakan di sini, berbanding di tempat lain yang kita tak tahu sehinggalah kita cuba sendiri kan?
Tapi kalau korang craving KFC ke McD ke, yang tu tunggu balik pun takpe, sebab kualiti makanan dan rasa serupa je mana-mana pun.
Post a Comment