Mini Chicken Chop RM6 di Iwan Grill Place, Seri Manjung, Perak
Berdekatan kawasan lumut, sitiawan dan manjung ada satu restoran makanan barat
yang sedap dan berpatutan. Kalau korang ke bandar seri manjung, korang kena cuba
makan di restoran Iwan Grill Place, dekat je dengan AEON Seri Manjung, dalam
2km.
Penulis ke sini awal tahun 2020, baru sekarang teringat nak kongsi tentang
restoran ni. Apa yang best tentang Iwan Grill Place ni? Bukan je harganya berpatutan,
kualiti dan persembahan makanan juga cantik.
Ada 10 jenis hidangan pasta kita boleh pilih pada harga RM12, terpulang nak
makan spaghetti, fettucine atau macaroni. Cheezy spaghettinya memang sedap,
lemak berkrim.
Kalau rasa nak jimat boleh pesan air kosong walaupun tak dipaparkan pada menu.
Penulis pesan teh hijau (RM2.50), milo (RM3) dan teh o lemon (RM2.50).
Kalau poket korang tebal, boleh makan lamb shoulder (RM20) atau lamb shank
(RM40). Harga steak di Iwan Grill Place ni dalam RM40, ada pilihan steak seperti tenderloin
(batang pinang), t-bone, ribeye dan sirloin. Lobster RM160 sekilo pun ada.
Memang puas hati, kalau ada kesempatan dan masa lepas ni memang akan pergi lagi restoran ni. Apa menu yang paling best? Mestilah chicken chop RM6.
Untuk pengetahuan lebih lanjut berkenaan menu-menu dan harga makanan yang ada di Iwan Grill Place, korang boleh ke laman fb Iwan Grill Place, Manjung.
Post a Comment