Perbezaan Antara Angka dan Nombor, dan Jenis-jenis Angka

Pernah tak terfikir apa perbezaan antara angka dan nombor? Selalunya kita akan
gunakan kedua-dua perkataan angka dan nombor secara saling berganti untuk
merujuk kepada perkara yang sama. Apabila disuruh untuk menulis angka satu,
ataupun nombor satu, kita akan tulis benda yang sama kan?
Jadi,
adakah ini bermakna yang kedua-dua angka dan nombor adalah sama? Tak
semestinya. Cuba ambil sedikit masa untuk bayangkan nombor tujuh. Mesti ramai
yang bayangkan '7' kan? Kenapa bukan 'Ù§', ataupun ''VII'?

Sebagai
contoh, '7', 'Ù§' dan 'VII' ialah angka berlainan yang boleh digunakan untuk
merujuk kepada nombor yang sama, iaitu tujuh. Angka tersebut ialah angka
Hindu-Arab barat, Hindu-Arab timur, dan Roman.

Sistem ini tidak digunakan oleh angka Roman, kita tak akan dapat
menilai digit nombor VII pada angka LXXII (72 dalam Roman) dengan cara yang
sama untuk dapatkan LXX (70 dalam Roman). Sama juga apabila kita menilai
nombor IV pada angka XLVII (47 dalam roman).
Untuk contoh angka Roman, I=1, V=5, X=10, L=50.
LXXII=L+X+X+II=50+10+10+2=72. XLVII=L+VII-X=50+7-10=47.

Konklusinya, angka bukan nombor, dan nombor
juga bukan angka. Nombor yang sama boleh ditulis menggunakan angka atau sistem
yang berbeza.
Post a Comment