Baru ni penulis ada share tentang restoran
Iwan Grill Place di Seri Manjung,
Perak. Takkan ke sana untuk makan je kan? Mesti ada tempat bermalam, jadi kali
ni penulis nak share tentang sebuah tempat yang penulis inap di daerah
Manjung.
Yang lebih menarik lagi, tempat yang penulis nak kongsikan ni ialah chalet
yang berhadapan atau berdekatan dengan sungai. Kalau suka memancing, jangan
lepaskan peluang untuk cuba ke sini.
Tempat penginapan yang penulis nak kongsikan ialah Amir Chalet yang terletak
di Kg. Baru, Sitiawan. Terletak di persisiran Sungai Manjung yang agak luas,
memang sesuai untuk ambil angin sambil memancing.
Di Amir Chalet, tak perlu keluar dari chalet pun untuk memancing sebab ada
dibina beranda yang berhadapan dengan sungai. Antara ikan yang penulis pernah
dapat ialah siakap, kerapu dan jenahak.
Boleh juga masak dan makan di beranda tu. Sambil-sambil memancing atau makan,
boleh tengok pemandangan yang cantik pada waktu siang dan senja.
Disebabkan agak jauh daripada kedai, dinasihatkan untuk beli barang keperluan
atau makanan sebelum ke chalet. Jangan lupa beli penghalau nyamuk atau
mosquito repellant, sangat penting pada waktu malam.
Berdekatan dengan Amir Chalet ada warung menjual laksa (D'Ana Laksa Kg Baru)
dan kuetiau goreng (Seri Bayu Cafe) pada waktu petang. Pada waktu pagi pula
ada warung yang menjual roti canai dan nasi lemak.
Kalau rasa rajin, boleh ke
Pasar Segar Kg. Sitiawan
(9.6 km) untuk bersarapan di warung Roti Canai Pak Tam. Ada juga gerai jual
otak-otak, pulut udang dan lempeng pisang di sini.
Kalau tak dapat ikan memancing di chalet, boleh lah cari hasil laut di Pasar
Kg. Sitiawan ni untuk bawa balik. Tak ada jaminan yang kita sentiasa akan
dapat ikan memancing di chalet kan?
Buat masa ni ada kurang daripada 10 buah chalet yang berhadapan dengan sungai,
jadi kalau nak ke sini memang dinasihatkan untuk buat tempahan. Ada chalet
yang mempunyai dapur, ada yang tak.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan tempahan dan harga boleh ke laman
facebook
Amir Chalet.
Post a Comment