Chalet Nelayan Tiga, Satu Lagi Tempat Memancing di Lumut atau Sitiawan, Perak
Baru ni penulis ada kongsikan tentang Amir Chalet di Kg Baru, Sitiawan. Mesti
korang dah tak sabar nak ke sana kan? Tapi kalau penuh macam mana? Jangan
risau, ada lagi tempat lain yang korang boleh pergi kalau nak bercuti sambil
memancing.
Kalau rasa tak kisah untuk bermalam lebih jauh dari bandar Seri Manjung, boleh
cuba Chalet Nelayan Tiga di Kampung Batu 3 Segari. Jarak antara Chalet Nelayan Tiga dengan Aeon Seri
Manjung ialah 14 km. Lebih 4 km berbanding jarak dari Amir Chalet ke tempat
yang sama.
Kekurangan Chalet Nelayan Tiga berbanding Amir Chalet pula, chalet yang
berhadapan dengan sungai bukan sahaja tak banyak, ia juga agak kecil, memang
sempit kalau duduk satu famili. Untuk famili, kalau nak selesa boleh cuba
bilik lain.
Walaupun kawasan ni dikelilingi kelapa sawit, jangan risau sebab berdekatan
dengan Chalet Nelayan Tiga ni ada masjid, Masjid Arfiah Batu 3 (1.5 km). Di
lorong yang sama dengan masjid tersebut pula ada kedai makan dan kedai runcit.
Jangan lupa makan di warung Roti Canai Pak Hassan.
Kalau datang ke sini, jangan buang sampah ke sungai. Sama-sama kita jaga kebersihan sungai, jadikan sungai habitat yang lebih bersih dan sihat untuk ikan-ikan yang kita sendiri akan pancing nanti.
Post a Comment