Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis. Macam Makan Mi Dengan Sambal Nasi Lemak?
Sebelum ni kita dah rasa
Maggi Mi Goreng Perisa Cili Ala Kampung, satu produk yang agak ringkas. Ia juga mempunyai profil rasa yang hampir
sama dengan produk mi goreng berperisa asli dari Mi Sedaap dan Indomie
disebabkan rasa cilinya yang kurang menonjol.
Penulis harapkan sesuatu yang lebih istimewa dengan kelainannya yang
tersendiri untuk setiap produk baharu. Jadi hari ini penulis cuba satu lagi
produk baharu dari Maggi, iaitu Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis.
Untuk Maggi Sambal Tumis Bilis ni, kita akan dapat bawang goreng dan juga pes
sambal tumis bilis. Berbeza dengan Maggi Cili Ala Kampung, untuk produk ni tak
ada kicap dan minyak, perencah juga bukan dalam bentuk serbuk.
Walaupun Maggi Sambal Tumis Bilis ni gunakan pes, pes tersebut tak buatkan mi
jadi lembap. Mi ni lebih kering berbanding Maggi Cili Ala Kampung, mungkin mi
ni perlukan lebih banyak minyak. Kalau rasa kering sangat, letak lah air panas
dalam setengah ke satu sudu.
Kalau bandingkan antara Maggi Cili Ala Kampung dan Sambal Tumis Bilis, penulis
lebih sukakan rasa Sambal Tumis Bilis. Kalau Maggi boleh jadi lebih kreatif
dengan bahan dan hiasan, lebih baik.
Kalau korang dah cuba, dan korang suka rasa sambal tumis bilis ni, mungkin
korang boleh cuba pula sambal tumis keluaran Maggi dalam masakan korang lepas
ni.
Post a Comment