Indahnya Pemandangan di Pantai Penyabong, aka Pantai Pasir Lanun, Endau, Mersing
Sebelum ni penulis pergi ke Pantai Penarik, Terengganu untuk makan ikan celup tepung. Pantai di Terengganu memang cantik. Tetapi Terengganu bukanlah
satu-satunya negeri yang terkenal dengan pantai-pantai yang cantik.
Mersing, Johor juga terkenal dengan pantai-pantai yang cantik. Contohnya
seperti Pantai Penyabong yang penulis pergi baru ni. Pantai Penyabong terletak
di kawasan Endau, dalam 20km dari bandar Endau, dan 40km dari bandar Mersing.
Pantai Penyabong (atau Pantai Penyabung) juga pernah dikenali sebagai Pantai
Pasir Lanun. Ada lanun ke di pantai ni? Dengar cerita lanun pernah jadikan
pantai ni sebagai tempat persinggahan dan bersembunyi, mereka juga sering
melakukan aktiviti menyabung ayam.
Itulah asal usulnya nama Penyabong dan Pantai Pasir Lanun. Tetapi jangan
risau, sebab ini cerita kurun ke-19. Sekarang, Pantai Penyabong telah pun
ditambah baik menjadi lebih mesra pengunjung. Parkir, gerai makan, tandas, dan
taman mainan juga ada disediakan.
Kalau nak bermalam di Pantai Penyabong pun boleh, boleh menginap di
Penyabong Warisan Resort,
Endau Beach Resort,
Pasir Lanun Camp & Chalet, atau
Idaman Permai Resort.
Kalau datang ke Endau, jangan lupa singgah ke Pantai Penyabong. Lupakan
sekejap kesibukan dunia, boleh ke sini untuk menikmati udara yang nyaman, dan
pemandangan yang tenang.
Pantai Penyabong yang sekarang bukan Pantai Penyabong 5 atau 10 tahun akan
datang. Bahkan Pantai Penyabong beberapa tahun lepas pun jauh berbeza dengan
Pantai Penyabong yang telah diubah suai sekarang. Jadi kalau ada kesempatan
walaupun sekali datanglah ke Pantai Penyabong.
Post a Comment