Mencuba Pizza Durian Musang King dari US Pizza. Makan Durian dengan Keju dan Roti, Boleh Pergi ke?
Dalam lima bulan lepas penulis telah ke US Pizza untuk cuba Cheese Boat yang
buatkan penulis automatik tersandar. Kali ni penulis ke US Pizza sekali lagi
untuk cuba sesuatu yang lain pula.
Sekarang ni kan musim durian, jadi penulis ke US Pizza di Seksyen 7, Shah Alam
untuk beli dan cuba pizza durian. Ini kali pertama penulis makan pizza durian,
agak-agak macam mana rasanya eh? Macam crepe durian ke? Ataupun macam lempok
durian?
Alang-alang mencuba, kita terus cuba pizza durian Musang King. Katanya isi
durian yang digunakan datang segar dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Durian
kalau segar, rasanya manis, bukannya masam.
Pada pandangan pertama, sedikit kecewa sebab bentuknya bulat, tidak seperti
apa yang diiklankan. Pizza durian yang diiklankan mempunyai kerak yang
membentuk duri seakan-akan buah durian.
Baunya kuat, tak tahu kenapa penulis jadi keliru antara bau durian dan
cempedak bila bau pizza ni. Tak kisah lah macam mana pun rupa atau bau pizza
ni, yang penting sekarang rasanya macam mana?
Rasanya manis, memang sedap. Yang penting rasanya bukan rasa tempoyak, sebab
isi durian yang digunakan masih segar. Rasanya mengingatkan penulis kepada
pengat atau serawa durian, tetapi lebih sedap.
Rasa durian lebih kuat pada bahagian tengah pizza berbanding bahagian yang
lebih hampir dengan kerak. Berhampiran kerak pula ada rasa keju. Kalau korang suka
Banana Kaya Dessert dari Domino's, korang mesti akan suka pizza durian dari US
Pizza ni.
Kalau nak cuba, boleh ke cawangan US Pizza yang berdekatan sementara menu ni
masih ada. Kalau tak nak makan pizza durian, ada lebih daripada 24 jenis pizza
lain yang kita boleh pilih di US Pizza. Kalau nak jimat, boleh beli secara
set.
Kalau belum cuba makan di US Pizza, boleh datang cuba, terutamanya pizza yang
bermusim seperti pizza durian. Kalau lambat, mungkin kena tunggu tahun depan
pula.
Artikel Berkaitan:
Post a Comment