Restoran Damsyik Empire. Nasi Arab dan Mashawi Ayam yang Lazat di Senawang, Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terkenal dengan masak lemak dan daging salai. Rasa tak
sempurna kalau ke Negeri Sembilan tetapi tak cuba daging salai masak lemak
cili padi, betul tak? Tetapi untuk penulis lain cerita pula sebab penulis
bukan peminat tegar masak lemak.
Penulis kalau ke Negeri Sembilan, terutamanya Seremban penulis akan teringat
satu restoran nasi arab yang bagi penulis menyediakan makanan timur
tengah yang lazat, sedap, dan murah.
Ada tiga pilihan nasi arab, nasi arab ayam, kambing, atau lamb shank. Mashawi
dan kebab pula ada dua pilihan antara ayam dan kambing. Untuk shawarma pula
hanya ada ayam.
Harga nasi arab kambing untuk set tiga orang (thulathi) ialah RM60. Dalam
gambar tak berapa nampak kambing kan? Tapi sebenarnya ada banyak isi kambing
di bawah timbunan nasi tu, memang puas hati.
Bersama nasi arab ini juga ada sambal salsa dan krim masam (sour cream), sup
juga disediakan secara layan diri.
Yang penulis paling suka dalam menu ni ialah sos putih yang digunakan. Sekali
pandang macam mayonis, tetapi sebenarnya bukan. Itulah sos yang digunakan
untuk shawarma, mungkin kombinasi antara yogurt, tahini, dan bawang putih.
Menu-menu lain penulis akan cuba lain kali pula. Rugi pula rasanya apabila
penulis terlupa nak pesan shawarma ayam untuk bawa pulang, harganya RM8
je.
Secara keseluruhannya memang puas hati. Walaupun harga set nasi arab kambing
untuk 3 orang ialah RM60, kita boleh makan seramai 5 orang, kiranya tak sampai
RM15 pun untuk seorang, jimat kan? Kalau korang ke Seremban, khususnya
Senawang memang penulis rekomen sangat korang cuba tempat ni.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan restoran Damsyik Empire, boleh ke laman fb Restoran Damsyik Empire.
p.s. Untuk pengetahuan korang, restoran Damsyik Empire ni sebenarnya masih
baru, dan dibuka pada tapak yang sama restoran Nasi Arab Damsyik dibuka
sebelum ni. Amat mengelirukan untuk orang yang pernah ke sini sebelum ni,
tetapi penulis dapat tahu yang restoran Nasi Arab Damsyik dah berpindah ke
kawasan berdekatan, D'Cattleya. Dengarnya Damsyik Empire ni tak ada kaitan
dengan Nasi Arab Damsyik. Tetapi penulis tak kisah, yang penting sedap, lain
kali pula pergi ke restoran Nasi Arab Damsyik di D'Cattleya.
Post a Comment