Sushi King Bonanza Julai 2020. Wajib Cuba Premium Sanma Nigiri dan Japanese Iwashi
Sushi King Bonanza datang lagi untuk bulan Julai 2020. Setiap tahun, Sushi
King akan adakan bonanza sebanyak 2 atau 3 kali. Sewaktu bonanza, semua ahli
Sushi King akan dapat menikmati pelbagai pilihan sushi pada satu harga tetap
yang lebih murah.
Semua sushi pada harga RM3.18 termasuk cukai perkhidmatan, kalau korang tak
rasa teruja, korang bukan peminat tegar makanan jepun. Makanan Jepun di
Malaysia bukannya murah, sushi di Aeon pun paling murah dalam RM1 ke RM1.50
sebiji.
Yang lebih menarik lagi, bonanza kali ini berlangsung selama seminggu.
Maksudnya kita ada lebih tiga hari untuk menikmati bonanza berbanding bonanza sebelum ni yang hanya berlangsung selama empat hari.
Setiap kali bonanza akan diperkenalkan beberapa menu yang istimewa, contohnya
seperti hokkigai nigiri, spicy beef yakiniku, dan gyu nigiri. Jadi tujuan
utama penulis setiap kali ke bonanza adalah untuk cuba menu-menu baru yang
akan dijual pada harga yang lebih mahal nanti, dan mungkin juga 'limited edition'.
Sanma, atau saura ialah sejenis ikan laut yang juga dikenali sebagai saury
Pasifik, dan jarang, sukar, atau mungkin juga tak pernah kita jumpa dijual di
Malaysia. Iwashi pula ialah sejenis ikan sardin dari Jepun.
Penulis tahu, korang kalau pergi bonanza mesti sebab nak makan ebi fry atau
ebi ten yang kebiasaannya berharga RM6.36 sepiring. Tetapi, selain daripada dua
sushi yang penulis rekomen tadi, korang kena cuba juga salmon kama.
Salmon kama merupakan bahagian ikan salmon yang berdekatan dengan insang.
Bahagian ni memang berlemak dan berminyak, tak ramai tahu betapa sedapnya
bahagian ni sebab bahagian ni bertulang dan agak renyah untuk orang cuba.
Dari hari penulis tulis blog ni, masih ada 5 hari lagi sebelum bonanza tamat.
Nak pergi lagi ke? Tak kut, bagilah peluang ke orang lain pula, cukuplah hanya
sekali. Tunggu bonanza akan datang pula.
Artikel Berkaitan:
Post a Comment