Ikan Celup Tepung (ICT) yang Murah di Medan Selera Pantai Penyabong
Kalau ke pantai timur mesti nak makan ikan celup tepung kan? Baru ni penulis
ada kongsi tentang Pantai Penyabong di Endau, salah satu pantai yang cantik
kita boleh lawat di daerah Mersing, dah tengok ke belum?
Ingat tak penulis ada cerita tentang satu gerai ikan celup tepung yang penulis
rekomen korang cuba tu? Gerai tersebut terletak di Medan Selera Pantai Penyabong, merupakan gerai no 1 yang terletak paling hadapan dan paling hampir
dengan Jeti LKIM Penyabong.
Di sini, kita boleh dapatkan makanan laut celup tepung seperti ikan kembong,
ikan selayang (atau sardin), udang, dan ketam. Selain itu, ada juga makanan
lain seperti otak-otak, satar, keropok lekor, dan juga cucur udang.
Bagi penulis celup tepungnya memang sedap. Satunya disebabkan oleh tepung yang
digunakan, keduanya disebabkan oleh sos yang disediakan. Kalau korang lebih
suka makan dengan sambal kicap, ada juga disediakan.
Kekurangannya di gerai Ikan Celup Tepung (ICT) Pantai Penyabong ni, mereka tak
jual sotong goreng tepung. Kecewa sikit sebab penulis lebih suka sotong goreng
tepung berbanding udang dan ketam.
Selain dari gerai Ikan Celup Tepung (ICT), ada juga gerai yang menjual asam
pedas, buah-buahan, dan lain-lain. Jadi kalau korang ada atau bermalam di Endau, ringan-ringankanlah diri untuk cuba ikan celup tepung di Pantai Penyabong.
Gerai dibuka setiap hari dari pukul 2 sehingga 7 petang. Andai kata waktu korang ke sana nanti dah ada sotong goreng tepung, tolong
bagitahu penulis di ruang komen di bawah ye.
Post a Comment