Nasi Kukus Dapur Mama. Original Nasi Kukus, dari Kuantan ke Bangi.

Nasi Kukus Dapur Mama
Siapa tak pernah makan nasi kukus? Pesanan nasi kukus selalunya dapat disiapkan lebih cepat berbanding makanan di restoran makanan segera. Memang cepat, mudah dan sedap untuk dinikmati terutamanya pada waktu makan tengah hari.

Kalau pernah ke Kuantan, mesti tahu tentang Nasi Kukus Dapur Mama. Restoran yang asalnya dikenali sebagai Nasi Kukus Mama ini bermula sebagai sebuah gerai di Indera Mahkota yang hanya dapat menampung 20 orang pelanggan.

Nasi Kukus Dapur Mama Bangi

Sekarang, selepas 10 tahun beroperasi, Nasi Kukus Dapur Mama sudah mempunyai tiga cawangan restoran, dua di Kuantan, Pahang, dan satu lagi yang terbaharu di Bangi, Selangor.


Nasi Kukus Dapur Mama Bangi

Cawangan Bangi terletak di Seksyen 9, bersebelahan dengan restoran Wong Solo. Sekarang orang Selangor dah tak perlu ke Kuantan untuk rasa Nasi Kukus Dapur Mama yang penulis sendiri dah ulang-ulang makan sejak 2013.


Nasi Kukus Ayam Berempah Dapur Mama

Di Nasi Kukus Dapur Mama, kita boleh dapatkan nasi kukus dengan ayam goreng berempah, ayam merah, daging kerutuk, atau ayam kampung goreng. Harga pula dari RM7.50 ke RM9 secara ala carte, tambahan RM2 untuk set bersama air.


Nasi Kukus Dapur Mama Bangi

Kalau beli secara ala carte, air kosong ada disediakan secara percuma. Untuk set special pula, akan ada air, telur masin dan juga nanas. Harga set special adalah dari RM12 ke RM13.50.


Nasi Kukus Ayam Merah Dapur Mama
Kalau suka yang biasa-biasa, ambil ayam goreng berempah, kalau nak kelainan boleh ambil daging kerutuk. Macam penulis selalunya akan ambil ayam goreng berempah ataupun ayam merah bergantung pada mood.

Nasi kukus di Dapur Mama dimakan bersama timun, bukannya acar seperti di tempat lain. Gulai yang digunakan juga agak pekat dan lemak, mungkin campuran kari dan pajeri. Nak lebih pekat boleh minta sambal ayam merah.

Kalau belum pernah ke Nasi Kukus Dapur Mama, penulis memang rekomen sangat tempat ni. Kalau berada di Selangor, boleh ke Seksyen 9, Bangi. Kalau berada di Kuantan, boleh ke cawangan Indera Mahkota bersebelahan Hotel Sri Manja, atau ke Putra Square bersebelahan dengan East Coast Mall.


Nasi Kukus Dapur Mama
Pada pengalaman penulis, apabila dibungkus, nasi kukus, sambal belacan dan gulai yang digunakan boleh bertahan lebih dari 10 jam tanpa diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih lama kalau timun diasingkan.

Restoran Nasi Kukus Dapur Mama dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Restoran ini juga berkonsepkan fast-casual, jadi kita perlu pesan di kaunter dan bayar sebelum makan.

Post a Comment

To Top