Restoran Ehsan's: Menu-menu Menarik di Restoran Masakan Pakistan Ehsan's
Bulan puasa baru ni penulis ada kongsi tentang nasi pulao dan nasi beriani di restoran Ehsan's, tetapi untuk mengelakkan artikel menjadi terlalu panjang penulis tak kongsikan kesemua gambar yang penulis ambil di restoran tersebut.
Kisahnya, sewaktu penulis berbuka di restoran Ehsan's ada sebuah meja tidak berpelanggan yang sudah ditempah dan dihidangkan makanan. Jadi sempatlah penulis ambil sedikit gambar dari jauh.
Disebabkan penulis agak ketandusan idea tentang apa yang nak ditulis pada blog, hari ni penulis nak kongsikan lagi beberapa gambar yang penulis sempat ambil sambil memperkenalkan memu-menu yang ada di restoran Ehsan's.
Roti Naan
Kalau bukan disebabkan roti naan, mungkin ramai takkan kenal restoran Ehsan's. Kali pertama penulis dapat tahu tentang restoran Ehsan's pun waktu orang lain kongsi tentang roti naan keju dari restoran ni.
Bagi penulis, selain daripada roti naan keju, roti naan garlic pun sedap juga.
Beef Keema
Selalunya roti naan akan disediakan dengan kuah dhal dan kuah pudina, tetapi di restoran Ehsan's kita ada pilihan untuk makan roti naan bersama dengan kuah yang lain, contohnya beef keema (RM5).
Beef keema diperbuat daripada daging cincang. Bayangkan kuah spaghetti bolognese tetapi dengan rempah ratus, bukannya sos tomato.
Chicken Masala
Selain beef keema, boleh juga makan roti naan dengan kuah masala ayam (RM10.50). Penulis belum pernah cuba lagi kuah masalah ayam ni, tapi dari segi rupanya nampak agak pekat sama macam butter chicken masala.
Kalau tak suka daging lembu dan ayam, boleh cuba kuah lain seperti kuah kurma atau masala kambing (RM8), dan masala sardin (RM4).
Murtabak SingaporeStan
Lagi satu menu istimewa di restoran Ehsan's, murtabak SingaporeStan (RM13). SingaporeStan, seperti yang korang boleh teka; merupakan gabungan perkataan "Singapore" dan "Pakistan". Seperti murtabak Singapura, bahagian atas murtabak SingaporeStan ditabur dengan daging cincang.
Nak lagi mencabar, boleh pesan murtabak SingaporeStan dengan sos keju (RM18).
Nasi Pulao
Kalau dah bosan dengan nasi beriani, boleh cuba nasi pulao. Bagi penulis, nasi pulao di restoran Ehsan's lebih kurang macam nasi minyak. Ada tiga pilihan, kosong (RM7.50), dengan ayam (RM14), atau kambing (RM18).
Penulis lebih suka nasi beriani dengan ayam bakar berbanding nasi pulao.
Selain dari menu-menu di atas, ada juga kambing bakar (RM12.50), capati (RM2.40), dan paratha (RM4.20). Roti canai cuma ada pada waktu sarapan, dari 7:15 ke 11 pagi. Jadi kalau nak cari roti canai petang-petang atau malam boleh pergi kedai mamak.
Itulah sedikit sebanyak menu yang ada di restoran Ehsan's. Bagi penulis menu di sini agak terhad. Kalau nak makan maggi atau mi goreng mamak, tetap kena pergi kedai mamak.
Post a Comment