Setia City Mall: Jalan-jalan Cari Makan di Llaollao, Sukiya, Tong Garden, dan Hokkaido Baked Cheese Tart
Penulis tak ingat bila kali terakhir penulis ke Setia City Mall, Setia Alam. Dalam beberapa bulan yang lepas penulis cuma keluar rumah dalam beberapa kali — untuk dapatkan vaksin, makan di restoran Sri Pinang, dan restoran Aroma Ikan Bakar Jeram.
Setelah selesai pengubahsuaian yang memakan masa 3 tahun, Setia City Mall kini merupakan kompleks membeli belah terbesar di Shah Alam. Lebih besar berbanding Aeon Mall Shah Alam dan Central i-City.
Aiskrim Yogurt Llaollao
Penulis mulakan kunjungan ke Setia City Mall kali ni dengan secawan aiskrim yogurt Llaollao yang masam-masam, nice-nice je rasa dia. Bukan tujuan utama ke Setia City Mall, jadi kita dapatkan yang kecil je.
Kali terakhir penulis makan aiskrim Llaollao adalah waktu penulis ke Aeon Mall Shah Alam april lepas.
Dengan aiskrim ni, bolehlah basahkan tekak sikit sebelum kita pergi ke hidangan utama yang merupakan tujuan utama penulis ke Setia City Mall.
Gyudon di Sukiya
Inilah tujuan utama penulis ke Setia City Mall, untuk cuba gyudon dan ramen di restoran makanan jepun Sukiya. Tetapi ramen dah habis, jadi penulis cuma dapat cuba gyudon.
Di Sukiya, penulis cuba Negitama Gyudon, Volcano Chili Gyudon, dan beberapa hidangan sampingan seperti gyoza, takoyaki dan karaage. Sedap dan mengenyangkan, teringat waktu penulis ke Yoshinoya dulu.
Dah baca ke belum penulis cerita dan bagi sedikit ulasan tentang gyudon di Sukiya?
Kacang di Tong Garden
Bersebelahan dengan Sukiya, ada sebuah lot kedai Tong Garden yang menjual pelbagai jenis kacang secara timbang. Selalunya kacang Tong Garden dijual secara paket, tetapi di sini dijual secara timbang.
Boleh dapatkan kacang gajus pada harga RM10 untuk 100 gram. Bandingkan dengan harga kacang gajus Tong Garden yang dipek, mana lebih berbaloi?.
Mungkin lebih mahal atau lebih murah dalam beberapa sen, tetapi yang menariknya apabila kita membeli secara timbang, bungkusan yang digunakan lebih sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan.
Tak mahu beli kacang timbang? Yang dipek pun, bermacam-macam jenis; ada jual di sini.
Aneka Makanan di Lulu Hypermarket
Antara tambahan lain di Setia City Mall ialah Lulu Hypermarket. Yang menariknya di Lulu Hypermarket ni, ada jual makanan seperti nasi beriani, shawarma, dan ayam golek pada harga yang berpatutan.
Ayam panggang dijual pada harga RM16.99 atau RM14.50 bergantung pada jenis. Boleh juga dapatkan ayam tandoori (quarter) dan mashawi ayam (half) masing-masing pada harga RM5 (atau RM6.89) dan RM9.99.
Hokkaido Baked Cheese Tart
Penulis akhiri kunjungan ke Setia City Mall dengan cheese tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart. Kedai ni dah lama, penulis pun dah lama tak makan, dulu makan cuma ada cheese tart, sekarang ada macam-macam perisa.
Bukan tu je, sekarang dah ada jual cheese tart bersaiz "baby". Harga "baby" cheese tart ialah RM2.50, kalau beli 6, dapat satu lagi percuma. Penulis suka betul cheese tart durian di Hokkaido Baked Cheese Tart.
Banyak Lagi Kedai Baharu
Banyak juga kedai yang baru dibuka di Setia City Mall, itupun bukan semua kedai dah mula dibuka disebabkan pandemik Covid-19. Antaranya ialah Dubuyo, Dolly Dim Sum, Creme de la Creme, Empire Sushi, dan Burger King.
Mungkin selepas ni penulis ke Setia City Mall, lebih banyak restoran dan kafe akan dibuka.
Post a Comment