KFC Burger P.Ramlee dengan Kuah Kari Kandar. Satu Penghormatan atau Penghinaan Kepada Seniman Agung P. Ramlee?
Rancak betul KFC keluarkan produk-produk baharu. Sebulan selepas KFC keluarkan menu comeback kegemaran ramai Zinger Double Down Cheezilla, KFC sekali lagi keluarkan menu burger yang baharu.
Jangan tertukar dengan burger Ramly, sebab menu terbaharu dari KFC ialah burger P.Ramlee. Apa kena mengena pula burger KFC dengan Seniman Agung P. Ramlee? Berlagu sedapnyakah? Atau retro rupanyakah?
Pengarah filem terkemuka Seniman Bujang Lapok ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang, negeri yang terkenal dengan nasi kandar. Jadi untuk burger P.Ramlee terbaharu dari KFC ni, KFC menggunakan sos yang dipanggil sebagai kuah kari kandar.
Dari bungkusan burger P.Ramlee tertulis perkataan "Sekali Rasa Bergetar Jiwa" yang diinsprasikan oleh lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Getaran Jiwa. Seperti irama dan lagu, kfc dan ayam juga tak dapat dipisahkan.
Bukan itu sahaja, selain dari kuah kari kandar, burger P.Ramlee juga mempunyai timun dan kubis. Penulis belum pernah lagi makan nasi kandar dengan timun, selalunya nasi kandar dimakan dengan bendi dan kubis goreng kunyit.
Kepingan ayam yang digunakan sama sahaja seperti yang ada pada burger Zinger. Walaupun rasa kuah kari kandar bukanlah 100% seperti kuah campur nasi kandar, rasanya boleh diterima dan tidak pelik.
Untuk burger P.Ramlee ni, penulis tak kisah pun sos kuah kari kandarnya tak banyak, sebabnya kalau banyak rasanya akan memuakkan. Yang perlu dilebihkan mungkin mayonis, sebab burger yang penulis dapat agak kering.
Untuk set Legenda, penulis sepatutnya dapat burger P.Ramlee, loaded potato bowl, dan air. Tetapi, mungkin atas faktor ketersediaan; sebaliknya penulis diberikan loaded go bowl.
Boleh dapatkan burger P.Ramlee secara ala carte, kombo, atau set Legenda, masing-masing pada harga RM12.49, RM15.99, dan RM18.49. Ataupun, dapatkan 2 burger P.Ramlee, 2 ketul ayam, dan 1 cheezy wedges dengan kombo ikon pada harga RM33.49
Bagi penulis, bukanlah burger yang terbaik KFC pernah keluarkan. Rasanya agak unik sebab penulis belum pernah makan burger berperisa kari sebelum ni, cuma belum sampai ke tahap yang penulis akan ulang pesanan.
Post a Comment