Roti Canai Sarang Burung Istimewa di Warung Roti Canai Gebu Abg R: Murah, Sedap dan Sempoi

Selain nasi lemak, roti canai juga merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Walaupun selalunya dimakan ketika sarapan, roti canai dinikmati tidak kira hari dan waktu.

Pelbagai pengubahsuaian pada nama dan penyediaan juga telah dilakukan pada roti canai untuk mendapatkan perhatian pelanggan — contohnya roti canai terbang, pelangi, dan sarang burung.

Roti Canai Gebu Abg R

Sewaktu penulis ke Pantai Teluk Bayu, Pulau Pinang sempat penulis singgah bersarapan di warung Roti Canai Gebu Abg R. Restoran ni terletak sebaris dengan Pasar Nelayan Sungai Batu, dan mempunyai pemandangan laut.

Di sinilah tempatnya kalau ada yang mencari sarapan sebelum ke Pantai Teluk Bayu, ada banyak pilihan roti canai dan roti bakar. Menu istimewa di Roti Canai Gebu Abg R ialah roti canai sarang burung.

Aneka Roti Bakar

Boleh dapatkan roti bersama dengan sup cendawan, roti bakar bersama ayam, roti bakar telur gedik, atau roti bakar keju pelangi. Di sini, roti bakar telur gedik atau goyang disediakan bersama kacang panggang.

Walaupun ayam yang penulis makan bersama roti bakar sedikit sejuk, rasanya tetap sedap. Sup cendawan di sini seperti "homemade", lebih pekat, berkrim, tetapi sedikit berketul dan kurang masin.

Penulis suka cecah roti bakar keju pelangi dengan sup cendawan. Roti bakar keju pelangi menggunakan roti wholemeal, lebih mengenyangkan berbanding menggunakan roti putih.

Roti Sarang Burung

Disebabkan oleh bilangan pelanggan yang ramai, penulis tak berkesempatan untuk cuba roti canai di sini. Roti canai di sini nampak menggiurkan terutamanya roti canai sarang burung.

Roti canai sarang burung disediakan dengan membentuk roti canai menjadi gelung. Di tengahnya diletakkan dua biji telur mata, dan dihiasi dengan daging cincang, cili, dan bawang cuka.

Harga Roti Canai dan Roti Bakar

Harga roti canai sarang burung ialah RM5, bagi penulis memang berbaloi. Selain roti canai dan roti bakar, peknga atau lempeng kelapa pun ada di warung Roti Canai Gebu Abg R.

Jom tengok senarai harga menu di warung Roti Canai Gebu Abg R:

Roti Canai

Menu Harga
Kosong 1.00
Telur 1.80
Telur Bawang Cabai Melaka 2.50
Planta 1.50
BOM Meletop 2.00
Sardin 3.00
Sardin + Ayam/Daging 5.00
Pisang Buah Ati 3.00
Tisu Susu Pelangi 3.00

Roti Canai Special

Menu Harga
Burung D Sarang 8.00
Sarang Burung Daging/Ayam 5.00
Canai Burrito 5.00
Canai Banjir Lumpur 4.00
Canai Cheese/Milo 4.00

Roti Bakar

Menu Harga
Telur Gedik 4.00
Cheese 5.00
Unicorn Cheese Pelangi 4.00
Kacang Pool 5.00
Lava Coklat Ala Perancis 4.00
Ayam Rendang 5.00
Kaya Planta 3.00
Mushroom Soup Garlic Bread 5.00

Add On

Add On Harga
Cheese 1.00
Ayam Rendang 4.00
Daging Itam 3.00
Ayam Gulai 2.00
Telur Mata 0.80
Omellet 1.00

Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Bukan rezeki penulis untuk cuba roti canai sarang burung kali ni. Lain kali penulis ke Pantai Teluk Bayu, penulis akan pastikan penulis dapat cuba roti canai sarang burung.


Jangan lupa datang ke warung Roti Canai Gebu Abg R di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Warung dibuka bermula 6 pagi sehingga tengah hari. Harga murah, rasa sedap, pemandangan laut lagi, memang sempoi.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top