Makan Sushi RM1, Bento Nasi Goreng, dan Ramen di Restoran Wak Doyok, Sushiwak Melawati Mall
Ada peminat Wak Doyok ke sini? Dengar cerita Wak Doyok buka restoran Sushiwak pertama di Melawati Mall, alang-alang ke Zoo Negara rasa rugi pula kalau tak ke Melawati Mall untuk cuba sendiri makanan di Sushiwak ni.
Restoran Sushiwak terletak di level 3 Melawati Mall, sebaris dengan Subway dan Pizza Hut. Senang je nak cari restoran Sushiwak walaupun Melawati Mall ni besar, tak jauh pun dari eskalator.
Apa yang ada di Sushiwak? Dari namanya pun kita dah boleh teka yang Sushiwak menyediakan makanan Jepun seperti Sushi, Bento, Donburi, Sashimi, dan Ramen.
Sama seperti di Sushi King, restoran Sushiwak juga berkonsepkan kaiten sushi. Kiranya sushi disediakan dan diletakkan di atas "conveyor belt" yang akan menggerakkan sushi tersebut mengelingi ruang makan.
Sushi Semurah RM1
Jadi apa yang menjadi tarikan di Sushiwak ni? Pertama sekali kita boleh dapatkan sebiji sushi pada harga serendah seringgit. Macam sushi seringgit yang kita selalu beli di gerai-gerai kecil tu.
Di sini juga menggunakan kod warna — harga sushi bergantung pada warna piring. Harga bagi piring hitam, ungu, merah, kuning, dan oren masing-masing ialah RM1, RM1.50, RM3.00, RM5.00, dan RM5.50.
Bento Nasi Goreng
Di Sushiwak juga ada bento nasi goreng, contohnya Garlic Fried Rice with Chicken Katsu Bento. Untuk set bento yang penulis cuba ni, kita akan dapat nasi goreng, salad, ayam goreng (chicken katsu), dan buah sama ada tembikai atau oren.
Ini kali pertama penulis makan nasi goreng di restoran jepun. Penulis tak tahu lah ini nasi goreng versi melayu atau jepun, tapi rasanya sedap. Portion untuk chicken katsu pun banyak.
Sos goma (ataupun dressing roasted sesame dari Kewpie) yang digunakan pada salad memang sedap, tambah lagi kalau dimakan bersama dengan chicken katsu.
Plain Ramen
Untuk ramen pula, ada tiga pilihan ramen yang paling asas: Plain, Shoyu, dan Spicy. Selain daripada tu cuma tambah bahan seperti chicken katsu, karaage, atau ebi tempura.
Rasa plain ramen seperti gabungan sup miso dan stok ayam. Jadi kalau bukan penggemar sup miso, boleh cuba shoyu atau spicy ramen. Dalam semangkuk plain ramen juga ada mi ramen, cendawan honshimeji, kombu, dan daun bawang.
Selain ramen, di Sushiwak juga ada udon.
Harga Makanan di Sushiwak
Boleh lihat video di bawah untuk menu:
Murah dan Berbaloi ke Sushiwak?
Murah ke makanan di Sushiwak? Bagi penulis kalau datang cuma untuk makan sushi, memang banyak pilihan sushi yang murah di sini. Tetapi kalau nak makan bento, ramen, atau menu selain sushi yang lain, agak mahal.
Harga Garlic Fried Rice with Chicken Katsu Bento ialah RM29.50, harga semangkuk Plain Ramen pula ialah RM15.99. Bagi penulis, agak sukar untuk Sushiwak bersaing dari segi harga jika dibandingkan dengan jenama seperti Sushi King dan Sukiya.
Dari segi rasa, untuk bento dan ramen yang penulis cuba memang sedap. Cuma kalau tekak tak boleh terima rasa "plain ramen" di Sushiwak, boleh cuba tambah sedikit kicap manis/masin (ikut selera).
Penambahbaikan untuk Sushiwak
Sewaktu penulis ke Sushiwak, restoran baru sahaja beroperasi untuk dua minggu. Apa yang penulis nampak, sushi di atas "conveyor belt" cuma ada tiga jenis, memang sedih.
Walaupun pelanggan boleh pesan sushi melalui menu menggunakan telefon, bagi penulis sebagai sebuah restoran berkonsepkan "kaiten sushi", "conveyor belt" sepatutnya meriah dengan pelbagai pilihan sushi.
Rasa kicap masin dan manis yang digunakan sedikit off, macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin Sushiwak boleh pertimbangkan untuk tukar jenama atau resipi kicap sedia ada.
Sushiwak juga boleh kaji semula harga setiap menu supaya lebih berdaya saing dengan jenama lain, terutamanya Sushi King yang terletak di level LG.
Boleh Pergi Lagi untuk Sushi
Penulis boleh terima rasa sushi di Sushiwak, penulis suka ketiga-tiga sushi yang penulis cuba — Tuna Mayo Maki, Cheese Maki, dan Tamago Mentai Nigiri. Cuma penulis harap kicapnya ditambahbaikkan lagi.
Kalau tak mampu makan menu-menu lain, bolehlah datang hanya untuk cuba sushi-sushi di Sushiwak. Ada lebih daripada 20 jenis sushi dijual pada harga RM1 dan RM1.50 sebiji.
Post a Comment