Ada Lebih Daripada 70 Jenama di Pusat Membeli Belah Terbuka Freeport A'Famosa Outlet, Melaka.
Bercuti di Melaka tak semestinya cuma untuk makan ikan bakar, melihat pantai, atau tempat-tempat bersejarah. Nak membeli-belah pun tak salah juga kalau ke Melaka.
Selalunya penulis akan ke Dataran Pahlawan atau Mahkota Parade di Bandar Hilir. Tetapi, kali ni penulis ke sebuah tempat membeli-belah yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah.
Kedudukannya agak jauh dari bandar hilir. Tetapi kalau bermalam di A'Famosa Resort, cuma 3 minit je perjalanan menggunakan kereta. Tidak pun, kalau dari utara bolehlah singgah dulu ke sini.
Freeport A'Famosa Outlet
Selain daripada ruang parkir yang luas, kedudukan Freeport A'Famosa Outlet yang jauh dari bandar juga memudahkan kita untuk ke sini tanpa perlu melalui trafik yang terlalu sibuk.
Berbanding pusat membeli-belah lain di Melaka, Freeport A'Famosa Outlet memperagakan reka bentuk warisan Belanda, berkonsepkan kawasan terbuka, tidak bertingkat, dan mempunyai landskap yang menarik.
Di sini ada lebih daripada 70 kedai yang menjual pakaian, kasut, kelengkapan sukan, kelengkapan bilik tidur, makanan dan juga minuman. Kalau datang pada waktu promosi, memang syurga membeli-belah.
Antara jenama yang ada di sini ialah Clarks, Dr Cardin, Levis, dan Li-Ning. Lapar atau dahaga? Boleh ke Marrybrown, KFC, Auntie Anne's, atau Tealive.
Boleh ke laman web Freeport A'Famosa Outlet untuk lihat kesemua outlet yang ada berserta dengan lokasi masing-masing.
Membeli-belah Sambil Bergambar
Sambil-sambil membeli-belah, boleh juga bergambar di beberapa kawasan di sini. Boleh bergambar di kincir angin, air pancut, ataupun arca berbentuk kereta kuda.
Memandangkan jarak perjalan dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sekitar 380 meter, tempat duduk yang banyak sangatlah membantu. Bolehlah duduk sambil menunggu orang membeli-belah.
Tujuan utama penulis ke sini sebenarnya nak cari baju renang. Tetapi, baju renang yang ada tak menepati citarasa dan kesesuaian penulis. Pelik sebab penulis tak jumpa kelengkapan renang seperti speedy atau ogival.
Jangan Pulang Dengan Tangan Kosong
Sempat juga lah penulis membeli sebuah sandal berjenama Kronos di sebuah outlet Kronos di Lot 35C. Sekurang-kurangnya taklah tinggalkan tempat ni dengan tangan kosong.
Bagi penulis, memang selesa membeli-belah di sini walaupun kawasannya terbuka dan kadang-kadang cuaca agak panas. Lagipun laluannya berbumbung, kalau rasa panas bolehlah masuk ke mana-mana kedai.
Kalau korang dari utara ke selatan, atau selatan ke utara, bolehlah singgah di Freeport A'Famosa Outlet. Jarak dari susur keluar lebuhraya Simpang Ampat cuma 4 kilometer.
Penulis tak tahulah sama ada barang di Freeport A'Famosa Outlet dijual lebih murah berbanding di tempat lain, mungkin korang boleh datang dan nilai sendiri.
Post a Comment