4Fingers Crispy Chicken: Wings Rice Box dan B.F.F. Burger yang Juicy dengan Dua Pilihan Sos Soy Garlic atau Hot & Spicy
Status kerakyatan kita sebagai warganegara Malaysia wajar dicurigai kalau tak suka ayam goreng. Siapa boleh tolak ayam goreng? Rakyat Malaysia sangat gilakan ayam goreng.
Kalau tidak kerana permintaan yang tinggi, mana mungkin gerai ayam goreng seringgit boleh tumbuh bagaikan cendawan. Orang boleh bergaduh disebabkan ayam goreng.
Cuma harini penulis bukan nak cerita tentang ayam seringgit, penulis nak kongsikan tentang ayam beringgit-ringgit. Tentang pengalaman penulis makan di 4Fingers.
4Fingers Crispy Chicken
4Fingers, ataupun 4Fingers Crispy Chicken dah bertapak di Malaysia sejak pembukaan outlet pertamanya di Mid Valley Megamall pada tahun 2015. Sekarang, dah ada lebih daripada 20 outlet di Malaysia.
Ada lebih kurang empat cara nak makan ayam goreng di 4 Fingers. Makan seperti sedia ada, dengan nasi, sebagai burger, ataupun dengan salad. Kali ni, penulis nak makan nasi dan burger.
Ayam goreng di 4Fingers disediakan ala Korea, seharusnya rangup di luar dan lembab di dalam.
4 Fingers Rice Boxes
Ada lima jenis pilihan rice boxes di 4 Fingers, wings, drumsticks, seafood, tofu, dan boneless chicken. Asalnya penulis nak pesan drumsticks, tapi dah habis jadi kita makan wings.
Dalam setiap rice box, kita akan diberikan lauk pilihan kita, nasi dengan sos teriyaki serta cebisan nori, dan sambal kimchi atau kimslaw. Untuk wings rice box, penulis diberikan dua wingette, dan satu drumette.
Tak sangka pula bahagian nasinya banyak, memang tersandar lepas makan. Nasinya menggunakan beras jepun, dan sambal kimchinya pula memang sedap dan tak terlalu masam.
Cuma penulis lebih suka kalau boleh dapatkan lebih sedikit sos teriyaki pada nasi penulis.
Burger 4Fingers: B.F.F. Burger Yang Juicy
Antara cara kegemaran penulis untuk menikmati ayam, sebagai burger. Di 4Fingers pun ada burger ayam rangup dan juicy yang diperbuat daripada bahagian paha atau thigh.
Cara penyediaan B.F.F. Burger agak istimewa. Selain daripada bijan hitam putih pada ban, lettuce dan tomato segar yang digunakan juga disapu dengan sos bijan panggang.
Untuk set kombo, boleh pilih air dan kentang goreng. Ada tiga jenis pilihan kentang goreng, plain, seaweed, dan kimchi. Penulis cuba kimchi, sedap juga, cuma kadang-kadng rasa macam kari pun ada.
Nasihat penulis, kalau nak makan B.F.F. Burger di 4Fingers janganlah pesan makanan lain sebab isi ayam yang digunakan memang besar dan mengenyangkan.
Soy Garlic atau Hot & Spicy?
Kita boleh pilih jenis sos untuk ayam. Dua pilihan sos yang utama di 4Fingers ialah Soy Garlic dan Hot & Spicy, sama seperti di kebanykan restoran yang menjual ayam goreng korea.
Untuk rice boxes yang berlaukkan ayam, kita boleh juga pilih untuk campur. Bolehlah rasa kedua-dua sos soy garlic dan hot & Spicy. Untuk B.F.F. Burger pula cuma boleh pilih salah satu.
Rangup, Juicy, dan Segar
Ayam goreng di sini memang rangup, sos yang disapu pada ayam juga tak terlalu banyak sampaikan kita tak dapat rasa ayam tu sendiri. Sayur yang digunakan pada burger juga segar.
Antara soy garlic dan hot & spicy, penulis lebih sukakan soy garlic, masin-masin dan manis-manis rasanya. Kalau boleh dapatkan resepi soy garlic ni, mungkin penulis pun akan meniaga lepas ni.
Kalau ada perkara yang penulis nak mengadu pun cuma satu. Tak tahulah disebabkan oleh air daripada tomato ataupun sos bijan yang terlalu banyak, roti ban pada B.F.F. Burger menjadi terlalu lembab dan senang koyak.
Selain daripada tu, semuanya enjoyable dan memuaskan hati. Kalau korang belum pernah ke 4Fingers, tetapi dah pernah ke Kyochon dan suka ayam gorengnya, korang kena cuba makan di sini.
Post a Comment