ZUS Coffee: Rasai Kelainan pada Genmaicha Latte, Kemanisan pada Spanish Latte, dan Kelazatan pada Chicken Lasagna di ZUS Coffee.
Secawan kopi atau teh berfungsi sebagai pelincir sosial ketika mengadakan perbincangan atau bersama rakan-rakan. Tetapi kopi juga boleh dinikmati besendirian, selepas melalui hari yang memenatkan dan sibuk.
75+ Cawangan ZUS Coffee
Walaupun masih belum bergelar pemain utama dalam perniagaan kedai kopi atau kafe, ZUS Coffee yang baru sahaja bertapak pada Disember 2019 sudah mempunyai lebih daripada 75 cawangan di semenanjung Malaysia.
Menggunakan biji kopi yang diimport dari ladang di Brazil, Papua New Guinea dan Indonesia, ZUS Coffee menyediakan lebih daripada 47 jenis minuman berasaskan kopi, teh, coklat dan buah-buahan.
ZUS Signature: Genmaicha Latte
Kali pertama ke ZUS Coffee? Boleh mulakan dengan pilhan minuman ZUS Signature untuk sesuatu yang istimewa seperti Genmai Matcha Latte atau Genmaicha Latte yang diperbuat daripada teh dan beras panggang.
Gabungan rasa beras panggang dan teh sangat unik, ini kali pertama penulis rasa teh macam ni. Ada sedikit bayangan rasa biskut beras yang penulis pernah cuba sebelum ni.
Selain daripada menggunakan teh Kabusecha, garam Himalaya juga merupakan antara bahan dalam minuman ni, memberikan rasa yang lebih dinamik.
ZUS Coffee: Spanish Latte
Untuk sebuah rasa kopi yang lebih manis, boleh cuba Spanish Latte juga dipanggil sebagai Cafe con Leche. Profil rasa kopi ni lebih dekat dengan rasa kopi susu tempatan yang kita dah biasa minum.
Minuman berasaskan espresso ni juga menggunakan susu pekat sebagai tambahan kepada susu. Jadi rasanya lebih manis berbanding latte, dan jumlah kalorinya juga lebih tinggi — 222 vs 296 kcal.
Minuman Istimewa Lain di ZUS Coffee
Antara minuman-minuman istimewa lain di ZUS Coffee, yang penulis sendiri belum sempat cuba; ialah ZUS Gula Melaka dan Thunder. ZUS Gula Melaka merupakan gandingan espresso bersama pandan, santan dan gula melaka.
Thunder pula gandingan antara espresso dengan lemon, madu dan air soda. Rasanya yang bersitrus dan berkarbonat berupaya memberikan pengalaman yang unik dan mengejutkan.
Pastri, Muffin, Kek dan Pasta: ZUS Signature Chicken Lasagna
Seperti di kafe-kafe lain, ZUS Coffee juga menyediakan makanan seperti, tetapi tidak terhad kepada; chicken puff, muffin coklat, burnt cheese cake, spageti carbonara, dan lasagna ayam.
Penulis ambil kesempatan untuk cuba ZUS Signature Chicken Lasagna walaupun niat asal ke ZUS Coffee hanyalah untuk cuba minuman. Walaupun ianya ready-made dan dipanaskan menggunakan microwave, rasanya tidak kering dan sedap.
Senarai Harga Minuman dan Makanan di ZUS Coffee
Berikut merupakan harga minuman dan makanan di ZUS Coffee yang penulis sebutkan tadi:
Menu | Harga |
---|---|
Genmaicha Latte | 10.50 |
Spanish Latte | 10.50 |
ZUS Gula Melaka | 9.45 |
Thunder | 9.45 |
ZUS Signature Chicken Lasagna | 12.60 |
Harga di ZUS Coffee agak berpatutan untuk secawan minuman bersaiz antara 12oz dan 16oz. Dari pemerhatian semata-mata nampak macam lebih murah berbanding kafe lain, mungkin lebih murah berbanding Starbucks juga.
Pesan Melalui Aplikasi Untuk "BUY1FREE1"
Muat turun aplikasi ZUS Coffee untuk membuat pesanan secara penghantaran atau bungkus. Jangan lupa gunakan baucar "BUY1FREE1" untuk pengguna baru dan dapatkan secawan minuman secara percuma.
Boleh lihat menu-menu lain di aplikasi berserta dengan perincian dan maklumat bahan-bahan yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, boleh ke facebook ZUS Coffee atau laman sesawang ZUS Coffee.
Post a Comment