Auntie Anne's: Pretzel Dengan Tiga Perisa Sepanjang Promosi Camouflage Festival
Auntie Anne's bukan lagi nama yang jarang di Malaysia. Sejak pembukaannya di Malaysia pada tahun 1996, Auntie Anne's sangat sinonim dengan pretzel. Ingat je roti berbentuk simpul mesti akan ingat Auntie Anne's.
Antara perisa pretzel yang penulis suka di Auntie Anne's ialah cinnamon sugar, sour cream & onion, dan choco eclairs. Inilah kelebihannya pretzel di Auntie Anne's, ada bermacam perisa.
Kalau nakkan sesuatu yang lebih mudah dimakan sambil berjalan, boleh pesan pretzel stix. Kalau nak sesuatu yang akan buatkan kita kenyang dari tengah hari sampai ke petang, pesan jumbo cheese sausage.
Auntie Anne's: Camouflage Festival
Terkini, antara 1 Jun sehingga 31 Julai 2022; sepanjang tempoh promosi "Camouflage Festival" kita boleh pesan satu pretzel dengan tiga perisa. Ada lima pilihan kombinasi yang kita boleh pilih.
Kombinasinya ialah:
Kombinasi | Perisa |
---|---|
PMSG | Parmesan Cheese, Sour Cream & Onion, Garlic |
AMGC | Almond, Green Tea, Chocolate Mint |
SWSG | Seaweed, Sour Cream & Onion, Garlic |
CSCG | Cinnamon Sugar, Chocolate Mint, Green Tea |
SSSG | Sesame Seed, Sour Cream & Onion, Garlic |
Kesemua pilihan kombinasi boleh dibeli pada harga RM6.80. Bagi penulis harganya taklah mahal sebab satu pretzel boleh dimakan oleh 2 ke 3 orang.
PMSG dan CSCG
Tak mampulah kalau nak cuba kesemuanya, jadi penulis pilih dua. Pilihan pertama, PMSG lebih kepada rasa savuri. Pilihan kedua pula, CSCG lebih kepada rasa manis.
Kalau tengok pada rupa, PMSG tak nampak begitu menarik sebab perasanya semua berwarna hampir sama. CSCG pula lebih menarik sebab ada kombinasi warna coklat dan hijau.
PMSG Terlalu Masin?
Ada bahagian-bahagian pretzel PMSG yang terlalu masin. Penulis perasan ada ketulan-ketulan kecil berupa garam pada pretzel, kalau terkena bahagian tu memang masin sangat.
Penulis pernah makan pretzel sour cream & onion, kalau tak silap penulis tak ada ketulan garam tu.
CSCG Yang Manis dan Minty
Kalau sukakan rasa yang lebih segar dan sedikit manis, boleh cuba CSCG. Rasa berangin dari perisa chocolate mint digandingkan dengan rasa green tea memang menjadi.
Taklah terlalu manis, sebab rasa manis yang betul-betul menonjol cuma datang daripada perasa cinnamon sugar.
Lain Orang Lain Kombinasi
Photo by Auntie Anne's
Walaupun penulis suka ketiga-tiga rasa keju parmesan, sour cream & onion, dan bawang putih, penulis tak berapa gemar dengan kombinasi ketiga-tiganya sebab rasanya menjadi terlalu masin.
Jadi, antara kedua-dua kombinasi yang penulis cuba tadi penulis lebih sukakan CSCG. Tapi ni tak bermakna korang pun akan suka yang sama juga, kena cuba sendiri untuk tahu.
Kalau ada majlis atau sambutan, bolehlah ambil kesempatan untuk cuba kesemua lima-lima kombinasi. Dari situ kita tahu mana satu kombinasi yang kita lebih suka.
Post a Comment