MRT Laluan Putrajaya: Peta Transit, Stesen, Bas Feeder dan Fasiliti Park N' Ride

Stesen MRT Putrajaya
MRT laluan Putrajaya (MRT 2) merupakan laluan ke-2 daripada 3 laluan sistem MRT, mass rapid transit atau transit aliran deras; Lembah Klang. Dua lagi laluan MRT ialah laluan Kajang (MRT 1) dan laluan lingkaran (MRT 3).

Berbeza dengan MRT laluan Kajang yang menggunakan set kereta api jenis Siemens Inspiro, MRT laluan Putrajaya menggunakan sebanyak 49 set keretapi jenis Hyundai Rotem dengan empat gerabak.

Peta Transit MRT Laluan Putrajaya

Peta transit MRT Laluan Putrajaya
Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 km ini mempunyai 36 buah stesen bermula daripada stesen terminal Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dan merangkumi sebahagian Sungai Buloh, Kuala Lumpur, Serdang, dan Putrajaya.

Setiap set kereta api empat gerabak boleh menampung sehingga 1,204 orang penumpang. Namun, untuk pembukaan Fasa 1 MRT laluan Putajaya mereka cuma gunakan sebanyak 20 set kereta api.

Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya

Peta laluan MRT Putrajaya Fasa 1

Photo by MRT Corp

Fasa 1 MRT laluan Putrajaya sepanjang 17.5 km mula beroperasi pada pukul 3 petang 16 Jun 2022, dan melibatkan 12 buah stesen bermula dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu.

Kwasa damansara merupakan stesen pertukaran ke MRT laluan Kajang; manakala stesen Sungai Buloh dan Sri Damansara Timur menjadi stesen pertukaran ke KTM laluan Port Klang, dan Kampung Batu pula stesen pertukaran ke KTM laluan Seremban.

8 daripada 12 stesen akan dilengkapi fasiliti Park N' Ride yang akan menyediakan lebih daripada 2,800 tapak parkir kereta. Boleh lihat senarai stesen di bawah:

Stesen Pertukaran PNR
PY01 Kwasa Damansara MRT Kajang
PY03 Kampung Selamat
PY04 Sungai Buloh KTM P. Klang
PY05 Damansara Damai
PY06 Sri Damansara Barat
PY07 Sri Damansara Sentral
PY08 Sri Damansara Timur KTM P. Klang
PY09 Metro Prima
PY10 Kepong Baru
PY11 Jinjang
PY12 Sri Delima
PY13 Kampung Batu KTM Seremban
PNR=Park N' Ride.

Fasa 2 MRT Laluan Putrajaya

Stesen MRT Putrajaya Sentral

Photo by MRT Corp

MRT laluan Putrajaya akan beroperasi sepenuhnya selepas pembukaan fasa kedua MRT laluan Putrajaya pada Januari 2023 — 7 bulan selepas pembukaan Fasa 1.

Boleh tengok senarai stesen untuk Fasa 2 LRT laluan Putrajaya di bawah:

Stesen Pertukaran PNR
PY14 Kentonmen
PY15 Jalan Ipoh
PY16 Sentul Barat
PY17 Titiwangsa LRT Sri Petaling
LRT Ampang
Monorel KL
PY18 Hospital Kuala Lumpur
PY19 Raja Uda
PY20 Ampang Park LRT Kelana Jaya
PY21 Persiaran KLCC
PY22 Conlay
PY23 Tun Razak Exchange MRT Kajang
PY24 Chan Sow Lin LRT Sri Petaling
LRT Ampang
PY25 Bandar Malaysia Utara
PY26 Bandar Malaysia Selatan
PY27 Kuchai
SSP28 Taman Naga Emas
PY29 Sungai Besi LRT Sri Petaling
SSP31 Serdang Raya Utara
SSP32 Serdang Raya Selatan
SSP33 Serdang Jaya
PY34 UPM
SSP36 Taman Equine
SSP37 Putra Permai
SSP38 16 Sierra
SSP39 Cyberjaya Utara
PY40 Cyberjaya City Centre
PY41 Putajaya Sentral KLIA Transit
PNR=Park N' Ride.

36 stesen disebutkan tadi belum mengambil kira 4 buah stesen provisional di Bandar Malaysia Utara, Bandar Malaysia Selatan, Taman Teknologi, dan Taman Universiti. 9 daripada 36 stesen juga akan berada di bawah tanah.

Secara total, laluan Putrajaya mempunyai 10 stesen pertukaran, dan 18 stesen dengan fasiliti Park N' Ride.

Kekerapan Tren MRT Laluan Putrajaya

Tren di stesen MRT

Photo by MRT Corp

Kereta api jenis Hyundai Rotem boleh mencapai kelajuan maksima 100 km/h, dan kekerapannya adalah setiap 3.5 minit pada waktu puncak. Kekerapan tren akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Boleh ke laman facebook MRT Corp atau Rapid KL, atau laman sesawang MyRapid untuk maklumat lebih lanjut. Boleh juga gunakan aplikasi PULSE untuk dapatkan berita terkini.

Bas Feeder dan Go KL

Bas Feeder MRT

Photo by MRT Corp

Seiring dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya, 13 laluan bas feeder atau shuttle akan mula beropasi. Bas Go KL laluan Maroon juga akan beroperasi secara percuma untuk ke stesen MRT Kampung Batu.

Boleh semak maklumat berkenaan bas feeder atau bas perantara MRT bagi setiap stesen di bawah:


Kesemua bas feeder akan menghubungkan beberapa kawasan perumahan dan komersial, seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong, dan Bandar Baru Selayang; dengan stesen MRT berhampiran.

Kesan daripada Pembangunan MRT

Park N' Ride di stesen Kwasa Damansara

Photo by MRT Corp

Selain daripada berpotensi mengurangkan sebanyak 176,000 buah kereta di jalan raya, ia juga meningkatkan tahap ketersampaian penduduk dari luar ke dalam bandar serta sebaliknya.

Nilai hartanah berhampiran dengan stesen juga akan meningkat. Ini belum mengambil kira kesan limpahan seperti pembukaan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan berhampiran dengan stesen.

azizinet00 | Hari3aku

Main photo by MRT Corp

Post a Comment

To Top