Bonanza Sushi King: Tarikh Bonanza Terdekat dan Tips Ketika Bonanza
Sushi King mula memperkenalkan kaiten sushi kepada Malaysia pada tahun 1995. Restoran berkonsepkan kaiten sushi seperti Sushi King akan menghidangkan sushi pada conveyor belt ataupun kaiten.
Sushi yang disediakan dan dihidangkan pada kaiten akan mengelingi restoran, sedia untuk diambil mana-mana pelanggan yang mahukannya. Kaiten juga selalunya dipenuhi dengan pelbagai jenis sushi.
Bonanza Sushi King Jun 2024
Promosi Bonanza terdekat yang diumumkan Sushi King ialah Bonanza Sushi King Jun 2024 yang akan diadakan selama 4 hari bermula 24 sehingga 28 Jun 2024. Boleh baca perincian promosi di bawah:
- Sepiring sushi berharga RM4.06 termasuk cukai (RM3.50 + RM0.56).
- Satu keahlian hanya untuk 3 orang pelanggan.
- Tempoh masa diberikan hanya 45 minit.
- Ada di seluruh cawangan Sushi King kecuali Sushi King Kiosk.
Untuk menikmati promosi ni, kita perlu menjadi ahli. Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi Sushi King untuk android atau iOS. Boleh ke sini untuk maklumat yang lebih lanjut.
Promosi Bonanza Sushi King
Yang ditunggu-tunggu pelanggan setia Sushi King ialah promosi Bonanza Sushi King. Pada waktu ni, semua sushi dijual pada harga yang sama dan lebih murah daripada biasa.
Promosi bonanza sushi king yang terawal penulis jumpa adalah pada tahun 2010, lama sebelum Sushi King memperoleh sijil halal. Pada waktu tu, setiap sushi dijual pada harga RM2.
Kemudian bermula tahun 2013, Bonanza RM2 bertukar menjadi Bonanza RM3. Dalam setahun, ada lebih kurang tiga ke empat kali promosi Bonanza Sushi King diadakan.
Petua Bonanza Sushi King
Untuk memanfaatkan sebaiknya promosi ni, ada beberapa tips yang penulis boleh kongsikan antaranya:
- Kenal pilihan sushi yang ada, dahulukan menu istimewa bonanza, kemudian menu yang selalunya lebih mahal daripada RM3.50 contohnya ebi fry dan unagi slice.
- Kesan dan pastikan sushi yang kita nak cuba tapi tak ada, buat pesanan dari awal.
- Lewatkan minum air, air buatkan kita lebih cepat kenyang.
- Sushi nigiri seperti ebi fry dan Norwegian salmon lebih mudah dimakan menggunakan tangan berbanding penyepit.
- Kicap boleh menyebabkan sushi berderai, hanya gunakan pada inti atau toping.
Halal JAKIM Sejak 2017
Sushi King mulakan permohonan halal JAKIM pada 2016, dan disahkan halal pada 2017. Ini menjadikan Sushi King sebuah restoran yang mesra muslim juga, secara tidak langsung meningkatkan lagi popularitinya sebagai restoran makanan Jepun.
Boleh semak status halal setiap cawangan di sini.
Lebih 120 Cawangan Sushi King
Yang membuatkan Sushi King berbeza dengan cawangan sushi yang lain adalah kemesraannya terhadap pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Restorannya mesra pelanggan, dan untuk kualiti sushinya; harganya juga lebih murah.
Sambutan yang menggalakkan membolehkan Sushi King membuka lebih daripada 120 buah cawangan di seluruh negara menjelang 2022.
Walaupun sudah hampir 30 tahun sejak pembukaannya, jenama Sushi King masih berdiri teguh di Malaysia. Tambah pula adanya pengenalan menu-menu baru dan promosi-promosi seperti bonanza, sudah tentulah kita akan sentiasa diingatkan tentang kewujudannya
Post a Comment