Warung Kak Eta di Kuala Perlis: Pelbagai Pilihan Lauk Pada Harga yang Berpatutan

Ikan susu bakar di Warung Kak Eta
Di Malaysia, ada banyak gerai, warung, ataupun restoran yang menyediakan nasi berlauk. Tetapi, cuma beberapa je yang betul-betul mewah dengan pilihan lauk yang disediakan.

Berbeza dengan nasi kandar, penulis lebih sukakan kedai nasi campur yang ada banyak pilihan lauk. Bukannya sebab nak makan banyak jenis lauk, tetapi sebab pilihan kuahnya lebih pelbagai.

Warung Kak Eta, Kuala Perlis

Kerapu sweet sour
Percutian penulis ke Perlis pada Disember 2022 membawa penulis ke Warung Kak Eta di Kuala Perlis. Walaupun diberi nama warung, ia sebenarnya sebuah restoran dengan ruang makan yang luas.


Alamat: Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis-sungai Bahru, 02000 Kuala Perlis, Perlis.
Waktu: Setiap Hari (8AM - 4PM).

Warung Kak Eta terkenal dengan pilihan lauk makan tengah harinya yang banyak. Antaranya ialah sotong, udang, dan baby crab celup tepung yang dijual pada harga bermula RM5 sepiring.

Lauk pauk di Warung Kak Eta
Antara lauk lain yang menarik di sini ialah gulai telur ikan mayong (RM8), telur sotong goreng kunyit (RM8), ikan pari rebus air asam (RM6), dan ikan kerapu masam manis (RM15).

Pelbagai Pilihan Ikan Bakar

Ikan susu bakar
Mengikut musim dan saiz ikan, harga ikan bakar akan berbeza. Tetapi, masih berpatutan. Antara ikan yang ada di sini ialah siakap (RM24), jenahak (RM30), gerut (RM28), susu (RM26), dan terubuk (RM35).

Untuk penulis, nasi putih, campuran beberapa kuah, ayam goreng, begedil, dan sambal belacan. Gulainya likat dan sedap, campur pula sambal belacan yang sedikit masam, memang sedap.

Pelanggan Warung Kak Eta
Selain tu, penulis cuba juga ikan susu bakar. Isinya lembut, sedap dimakan secara bersahaja dengan air asam. Cuma, tulangnya halus dan banyak menjadikannya sedikit renyah untuk dimakan.

Untuk ikan yang lebih mudah dimakan, boleh ambil ikan siakap atau jenahak.

Berhampiran Pekan Kuala Perlis

Nasi lauk ayam dan begedil
Cuma dalam 1.8 kilometer dari pekan atau pantai Kuala Perlis, dan 4.5 kilometer dari Muzium Kota Kayang. Rugi kalau tak singgah ke Warung Kak Eta untuk makan tengah hari.

Pilihan lauk banyak, rasa pun sedap, harga pula berpatutan. Memang patut penulis syorkan korang datang makan ke sini, takkan nak makan makanan siam di Padang Besar je.

Ikan keli goreng
Penulis sebenarnya lebih tertarik dengan ikan keli goreng di sini berbanding ayam goreng. Dimasak elok, nampak macam rangup sampai ke tulang, dan saiznya pula tak terlalu besar.

Boleh datang seawal 11 pagi untuk elakkan kesesakan pada waktu cuti. Orang tak terlalu ramai pada waktu tu, lebih mudah memilih lauk. Cuma mungkin akan ada lauk yang masih belum siap.

Pari rebus air asam
Penulis cadangkan korang makan tengah hari di Warung Kak Eta selepas bersarapan di Warung Tepi Sawah 2769 dan melawat Muzium Kota Kayang. Jarak antara dua kedai makan ni cumalah 10.5 kilometer.

Warung Kak Eta dibuka bermula 8 pagi sehingga 4 petang, lebih awal kalau lauk habis awal. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Warung Kak Eta, boleh ke laman Facebook Warung Kak Eta.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top