Beriani Claypot, Naan, dan Milani di Restoran Kapitan Tandoori House
Di Selangor, penulis boleh ke restoran Ehsan kalau nak makan nasi briyani atau naan. Di Pulau Pinang pula, tak lengkap rasanya kalau tak pergi ke restoran Kapitan Tandoori House untuk makan nasi beriani claypot dan roti naan bersama ayam tandoori.
Di restoran Kapitan juga ada satu menu yang penulis belum jumpa di restoran lain, ayam dan kambing milani. Jadi kalau ke Kapitan, memang wajib pesan sehidangan nasi beriani milani.
Kapitan Tandoori House
Dah banyak kali penulis makan di restoran Kapitan, sebelum ni pun penulis dah pernah kongsi dalam blog Hari3Aku. Penulis perasan ada perbezaan dari segi penyediaan makanan antara dulu dan sekarang.
Ada beberapa cawangan restoran Kapitan di Pulau Pinang, antaranya di Lebuh Chulia, Bayan Lepas, Perda, dan Seberang Jaya. Yang penulis selalu pergi di Perda, cuma dalam 400 meter dari tapak uptown Perda yang baharu.
Sebelum ni, nak cari Kapitan luar dari Pulau Pinang cumalah di Lunas, Kedah. Sekarang, restoran Kapitan dah ada di TTDI, Kuala Lumpur. Cuma 1 kilometer dari stesen MRT Taman Tun Dr Ismail.
Beriani Claypot Kambing
Ada dua pilihan antara beriani claypot ayam dan kambing, kedua-duanya datang dengan kuah dalca yang likat. Berbeza dengan dulu, kali ni penulis tak dapat krim masam.
Kambingnya lembut, perapannya sedap, sekeping cukup untuk dimakan seorang. Nasinya pula sedap walaupun dimakan bersahaja, lagi sedap kalau ada krim masam; dan boleh dimakan sehingga dua orang.
Beriani Bersama Milani Kambing
Nak lebih kick lagi? Pesan nasi beriani dengan milani ayam atau kambing. Kuah milani di restoran Kapitan sangat berkrim dan berlemak, boleh cuba kalau dah rasa bosan makan beriani bersama dalca.
Yang menariknya, kalau pesan beriani dengan milani, kita akan dapat coleslaw dan kuah pudina masam. Rasa kuah pudinanya macam kuah yang kita makan dengan panipuri.
Roti Naan Ayam Milani dan Tandoori
Boleh juga pesan milani bersama roti naan, tak semestinya dengan nasi beriani je. Kalau tak silap, nak pesan kuahnya saja pun boleh. Kuah milani boleh dikatakan signature di restoran Kapitan.
Cuma, roti naan keju yang penulis pesan tak berapa rasa keju. Mungkin sebab rasa kuah milani lebih kuat atau keju yang digunakan tak banyak, tak sama dengan naan cheese tarik.
Naan bersama tandoori ayam pun sedap juga, cuma tandoori di sini agak masam walaupun belum diperahkan limau. Roti naan disini lembut, dan bentuknya lebih membujur berbanding di restoran lain.
Harga Keras Tetapi Makanan Berkualiti
Makanan di restoran Kapitan, terutamanya di cawangan Perda; memang sedap, cuma harganya tinggi sikit. Kalau Hameediyah untuk nasi kandar, Kapitan pula untuk beriani dan naan.
Harga makanan di kedua-duanya, Hameediyah dan Kapitan; sedikit keras, tetapi restorannya selalu ada pelanggan terutamanya ketika cuti. Itulah tanda makanannya berkualiti.
Beriani kambing claypot, contohnya; berharga RM18, dan beriani bersama milani kambing pula RM20. Bahagian kambing yang digunakan ialah lamb shoulder, seperti yang digunakan pada lamb chop.
Kesuluruhannya, untuk beriani milani kambing, beriani claypot kambing, naan keju milani ayam, naan mentega tandoori ayam, dua teh ais, teh o ais, ais kosong, dan air suam; berharga RM81.20.
Rasa sedap, kualiti baik, dan harganya saing-saing restoran Ehsan. Cuma penulis harap dikekalkan krim masam untuk setiap pesanan nasi beriani claypot, sebab itu antara keistimewaan beriani di Kapitan.
Kalau nakkan menu yang lebih pebagai lagi seperti lamb shank, spaghetti, dan pizza, boleh ke Kapitan Signature di Seberang Jaya berhampiran Sunway Carnival, ataupun di Bayan Lepas berhampiran lapangan terbang.
Post a Comment