Pertama Kali Cuba Mi Cambol di Restoran Kak Roh (Abe Mea), Pengkalan Kubor, Kelantan

Semangkuk mi cambol di Pengkalan Kubor
Jika dibandingkan dengan makanan Kelantan seperti nasi kerabu, laksam, dan mi celup, agak sukar sebenarnya nak cari gerai, warung, ataupun restoran yang menyediakan mi cambol.

Mi cambol, chambol, atau cambo, ejaan yang mana satu lebih tepat penulis tak pasti. Kali pertama penulis makan dan kenal mi cambol, umur penulis sudah pun mencecah 29 tahun.

Kak Roh (Abe Mea) Mee Cambol Special

Bahagian hadapan restoran Kak Sah (Abe Mea) Mee Cambol Special
Restoran yang penulis pergi untuk makan mi cambol ialah restoran Kak Roh (Abu Mea) Mee Cambol Special berhadapan stesen bas Pengkalan Kubor, dalam 150 meter je dari Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.


Alamat: Kak Roh (Abe Mea) Mee Cambol Special, Pengkalan Kubor, 16080 Tumpat, Kelantan.
Waktu: N/A

Takkan jumpa kalau cari dalam Google Maps, korang akan jumpa restoran ni dalam perjalanan ke pintu masuk Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang berhampiran dengan Kompleks Imigresen.

Laluan kastam, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor
Dah penat cuci mata tengok toto dan kelengkapan dapur, boleh singgah di sini. Peliknya waktu penulis ke Pengkalan Kubor, tak ramai yang masuk ke Kawasan Bebas Cukai dari pintu masuk sebelah stesen bas.

Persamaan dan Perbezaan Antara Mi Cambol dan Mi Celup

Ayam, bebola daging, bebola ikan, dan filamen ketam pada mi cambol
Sebagai peminat nasi kandar yang asing dengan makanan Kelantan, penulis fikir rasa supnya ada persamaan dengan mi celup. Mungkin sebab ada rasa masam daripada limau.

Berbeza dengan mi celup, mi cambol menggunakan banyak bahan sejuk beku, seperti filamen ketam dan bebola ikan; selain daripada isi ayam dan bebola daging. Selalunya disediakan dalam mangkuk yang besar.

Semangkuk mi cambol
Sebelum ni, penulis cuma makan mi celup dengan kuetiau, bukan bihun atau mi. Jadi untuk mi cambol kali ni, penulis makan juga bersama kuetiau untuk mudahkan perbandingan.

Nampak macam gabungan antara mi celup, bakso, dan yong tau fu. Mungkin boleh cuba campurkan mi celup, bebola daging, dan beberapa jenis bebola sejuk beku untuk sediakan mi cambol.

Kanak-kanak sedang menikmati bahan yang ada pada mi cambol
Cuma, seingat penulis mi celup jauh lebih berempah. Sup mi cambol lebih ringan. Mungkin kurang menggunakan bahan berbanding mi celup, atau cuma restorannya mempunyai resepi tersendiri.

Bahannya yang terdiri daripada bebola dan filamen makanan laut dapat menarik perhatian orang muda, terutamanya kanak-kanak yang kurang gemar dengan daging.

Mi Cambol di Pengkalan Kubor

Kalau datang ke Pengkalan Kubor, jangan lupa cuba mi cambol di mana-mana warung atau restoran yang korang nampak. Di Pasar Khadijah pun, seingat penulis; tak ada mi cambol.

Selain mi cambol, restoran Kak Roh (Abe Mea) juga menyediakan nasi air cambol, nasi goreng, tom yam, sup perut, dan sup tulang. Hari dan waktu operasi tak diketahui.

Dah cuba cari maklumat di Facebook dan Google, tak jumpa. Sangat misteri ye restoran mi cambol Kak Roh (Abe Mea) ni.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top