Floating Market, Bukan di Siam Tetapi di Pasar Terapung JPS Perlis, Kangar
Orang yang, macam penulis; belum pernah ke Thailand mesti tak faham bagaimana suasananya floating market atau pasar terapung di Hat Yai dan Bangkok. Tapi sebenarnya di Malaysia pun ada, cuma kita kena pergi ke Perlis atau Kelantan.
Yang penulis pergi di Perlis sebelum ni, walaupun dinamakan pasar terapung sebenarnya ia lebih kepada satu tarikan berbanding pasar. Seingat penulis, tak ada orang jual sayur atau ikan.
Pasar Terapung JPS Perlis
Nak ke Hat Yai tak tahu bila, buat masa ni datang ke sini pun jadilah. Ada lebih daripada 10 buah sampan di Pasar Terapung JPS Perlis, semuanya menjual makanan — antaranya oden, lokching dan pulut ayam.
Alamat: Kompleks Kolam JPS Perlis Pengkalan Asam, Kampung Telok Kachang, 01000 Kangar, Perlis.
Waktu: Sabtu & Ahad (10am - 7pm).
Waktu: Sabtu & Ahad (10am - 7pm).
Bertempat di Kompleks Kolam JPS Perlis, pasar terapung cuma buka pada hari Sabtu dan Ahad. Tapak parkir percuma di seberang jalan agak luas juga, cuma kena berjalan jauh sikit.
Tak jauh dari pasar terapung ada sebuah medan selera, boleh makan minum dan berteduh di sini. Pada penulis, menu-menu di sini tak semestinya bertemakan makanan siam.
Tapi, macam biasalah daripada banyak-banyak makanan yang ada penulis tetap nak cuba lokching, sama macam waktu ke Rantau Panjang dulu. Lokching di sini boleh dikatakan murah, bermacam jenis, dan digoreng bukannya dibakar.
Pulau Haiwan dan Rekreasi Air
Di kawasan tasik bersebelahan medan selera pula ada pulau-pulau kecil yang kita boleh masuk secara berbayar. Di pulau ada haiwan seperti ayam dan arnab dilepaskan.
Caj masuk ke pulau ialah RM2 seorang. Selain tu, boleh dapatkan juga makanan ikan — cuma RM2 secawan atau sepaket. Selain keli, tak tahu ikan apa lagi yang ada di tasik/kolam JPS ni.
Aktiviti lain yang ada di sini ialah mendayung sampan atau berkayak. Tak tahu berapa caj yang dikenakan untuk sampan dan kayak, tapi penulis yakin harganya berpatutan.
Walaupun tak sama macam di Hat Yai, tak rugi pun datang ke sini kalau datang ke Perlis. Takkanlah ke Perlis cuma untuk membeli-belah di Padang Besar, banyak lagi tarikan lain yang ada.
Kalau sampai awal di Perlis boleh bersarapan dulu di Warung Kak Eta di Kuala Perlis, dalam 9 km je dari Pasar Terapung JPS Perlis.
Post a Comment