Review Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming: Cukup Rasa, Masin, Manis dan Masam
Rasanya ramai dah tahu yang Khairul Aming ada keluarkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi. Tak macam Sambal Nyet Berapi sebelum ni — 2 tahun selepas pelancaran baru dapat cuba — penulis ialah salah seorang daripada kurang 80,000 pembeli terawal Dendeng Nyet Berapi.
The hype is real guys, 80,000 paket habis terjual dalam masa cuma 3 minit 39 saat — bukan kaleng-kaleng. Tapi kenapa tunggu 2 minggu baru nak review atau ulas? Sebab penulis outsource dendeng ni daripada pembeli lain — bukan scalper — yang sangat berbaik hati tolong belikan.
Senang cerita, daripada lebih 200,000 orang yang tonton TikTok live Khairul Aming pada waktu pelancaran, penulis sebenarnya salah seorang yang gagal atau menemui ralat dalam cubaan menyelesaikan pembelian dan pembayaran.
DI MANA NAK DAPATKAN DENDENG NYET BERAPI?
Harga sepaket Dendeng Nyet Berapi seberat 180 gram cuma RM14.99. Boleh dapatkan di TikTok Khairul Aming ataupun kedai Shopee Khairulaming Brand. Boleh ke Instagram Khairul Amin Kamarulzaman untuk dapatkan sebarang pengumuman tentang stok terbaru Dendeng Nyet Berapi.
Disebabkan Dendeng Nyet Berapi ni dikategorikan sebagai produk ready-to-eat penulis pilih untuk review dendeng dari dalam kereta je. Tak ada telur, kicap atau sambal, cuma berbekalkan sebekas nasi putih.
Walaupun dah dipanaskan di rumah, selepas setengah jam berada di dalam kereta tak pelik kalau dendeng menjadi semakin sejuk. Makanan yang panas adalah satu privilege atau keistimewaan, ada masanya kita terpaksa makan makanan yang dah sejuk.
WANGIAN SERAI, HALIA DAN DAUN LIMAU PURUT
Dalam beberapa saat selepas dibuka, bau dendeng yang terperangkap di dalam bungkusan dah mula naik ke hidung. Kalau ada bau yang wangi, mungkin daripada bahannya seperti serai, halia dan daun limau purut.
Teksturnya berderai, tak berketul jadi lebih mudah nak dibahagikan kepada banyak bahagian. Bilangan hidangan yang dicadangkan untuk satu paket Dendeng Nyet Berapi hanyalah satu, tapi penulis tak rasa boleh habiskan terus satu paket.
Kalau dihidang macam yang penulis buat — satu bekas makanan seluas lebih kurang \(4\times 4 \text{ inci}^2\) dengan nasi setinggi 1.5 ke 2 cm, dendeng pula diletakkan di bahagian atas separuh daripada nasi — boleh dimakan sekurang-kurangnya empat kali.
Rasa dendeng adalah campuran antara masin, manis dan masam. Kalau pernah makan rendang dan serunding daging, Dendeng Nyet Berapi berada di tengah-tengah — empuk tapi tak lembik. Kepedasannya pula datang sedikit lambat, bagi yang tahan pedas mungkin tak terasa pedasnya.
CUKUP RASA MASIN, MANIS DAN MASAM
Penulis dah cuba beberapa produk ready-to-eat sebelum ni, Dendeng Nyet Berapi antara yang sedap. Cukup rasa, tak perlu nak dimasak semula menggunakan garam, cili atau bawang — cuma rendamkan sekejap dalam air panas, buka dan terus makan.
Bayangkan, makan dengan nasi putih ketika sejuk pun dah sedap. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas bersama telur mata, kicap dan sambal nyet. Kepada yang tak berjaya membeli, jangan runsing sebab Khairul Aming pernah kongsikan resepi dendeng daging — boleh cuba masak sendiri di rumah.
Post a Comment